Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 31 Oktober 2010::

Nak lihat aksi Kimmy ketika tidur?

~Tidur di atas peha Mummy~

~Tidur di bawah meja iron baju~

~Tidur di atas baju Mummy ketika dia sedang melipat kain... wink wink~

~Tidur di atas buku Mummy supaya dia tak sibuk menulis jer!~

~Tidur sambil mengadap pintu... tak bagi kucing lain dekat dengan pintu rumah Mummy, Kimmy jeles tau!~

~Walaupun tengah tidur, telinga Kimmy telinga kuali tau!~

~Mummy tidur atas karpet, Kimmy tidur atas kerusi... wink wink!~

~Mummy sibuk dengan Mr. Lappy jer, Kimmy kena tidur atas keyboard supaya Mummy tengok muka Kimmy jer!~

~Kimmy sengaja je tidur atas suratkhabar ni! Mummy asyik sangat baca suratkhabar sampai tak hirau Kimmy~

~Tunggu Mummy yang asyik dok busy dengan Mr. Lappy... sampai tertidur Kimmy~

~Sempat peluk my little teddy...~

~Penat main kertas tu!~

~Lembutnya cadar Mummy sampai Kimmy tertidur!~

~Amacam?! Comel tak saya tidur? Hehehe~


::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 31 Oktober 2010::

Saya pun ada 'sleeping bed' tau! ~kata Kimmy~

Kacaulah si Mummy ni, orang nak tidur dalam beg ni!

Seronok tau tidur dalam beg ni!

~Ssshhh... nyenyak yea dia tidur...~

~Seronok, dalam ni gelap!~

Sekejap pusing sini, sekejap pusing sana...

Chak!

~Hah, kacau lagi!~

~Mummy nih, suka sangat kacau Kimmy!~

~mengendap... mengendap...~

~Apa pandang-pandang?~

P/S : Si Kimmy ni memang pantang tengok beg ni terbuka... mesti dia nak masuk dan duduk kat dalammya. Kadang-kadang, dia tidur kat dalam beg ni. Suka benar dia dengan beg ni.
Apa pendapat kamu jika ada seseorang yang kamu kenali dengan gahnya berkata begini di depan kamu, "Semua rahsia si POLAN-POLAN tu dalam POKET aku!". Bukan setakat di depan kita tetapi di depan sahabat-sahabat yang lain.

Dell namakan budak ni sebagai 'Tepung' untuk memudahkan cerita. Si Tepung ni suka sangat bercerita tentang seseorang (walaupun pensyarah dia sendiri) seolah-olah orang itu tersangatlah teruk perangainya. Ramai betul orang yang dikutuk olehnya depan kawan-kawan lain. TETAPI di depan orang yang dikutuknya itu, berpura-pura menunjuk baik.

Pada awalnya, ramai yang mendengar ceritanya dan percaya tapi lama-lama sendiri mau ingatlah. Dia langsung tidak sedar bahawa sedikit demi sedikit kawan-kawan disekelilingnya sudah beranggapan dia berlagak pandai dan bagus sangat. Di depan si Tepung ni, kawan-kawannya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan olehnya, tetapi di belakang si Tepung ni kawan-kawannya mengutuk dia di belakang malah menyampaikan cerita si Tepung itu kepada sesiapa yang terlibat (orang yang dikutuk olehnya walaupun kepada pensyarah). Sebenarnya, Dell sendiri lewat dapat tahu, bila dah ramai bercerita kat Dell tentang dia ni, Dell pun menjauhi si Tepung ni. Bahaya budak sebegini, dia boleh menjatuhkan kita.

Si Tepung langsung tidak sedar bahawa ramai orang sudah tidak suka padanya. Biarlah dia dengan labu-labunya. 

Nota :
  1. Fikir sejenak - Apa motif dia berkata, "Semua rahsia si POLAN-POLAN tu dalam POKET aku!"? Ramai mengatakan tidak hairan suatu hari nanti, jika si Tepung ini bekerja di tempat lain, dia akan membawa cerita dan mengutuk si POLAN-POLAN itu di tempat lain.
  2. Dia merupakan seorang pelajar PhD, belum tamat pengajian tetapi sudah berani mengutuk ramai pensyarah. Berkat ke ilmu dia itu kerana tidak hormat akan guru? Dia langsung tidak sedar ramai pensyarah sudah mengetahui perbuatannya itu.
  3. Dia mengatakan bahawa ramai orang hendak bersaing dengan dia sedangkan masing-masing mempunyai bidang yang berbeza. Jika dia menjatuhkan seseorang kerana beranggapan orang hendak bersaing dengannya... sah dia ada masalah hati.
Petang tadi, Dell menerima satu panggilan telefon dari seseorang yang dikenali yang memerlukan kepakaran Dell (sesuai dengan pendidikan dan pengalaman Dell) untuk satu tempoh yang lama. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka. Tawaran ini diberi setelah beliau meneliti dan membuat perhatian terhadap pengajaran Dell selama sebulan sebelum ini. Mungkin beliau telah mendapat maklum balas yang positif daripada ibu bapa dan pelajar.

Apa yang Dell perolehi sekarang ini melebihi apa yang Dell dapat sebelum ini. Masa pula banyak terluang. Masa inilah, Dell merapatkan hubungan dengan sahabat-sahabat dan saudara-mara Dell di mana-mana negeri. Maklumlah, dulu masa Dell sangat terhad kerana perlu bekerja pada waktu pejabat tambahan sibuk dengan pengajian.

Kesimpulannya, penghijrahan Dell pada kali ini merupakan satu pilihan yang sangat tepat. Bersyukur sangat-sangat kerana jawapan kepada solat istiharah yang dilakukan telah memudahkan segala-galanya untuk apa yang akan terjadi pada masa depan.

Nota :
  1. Siapa kata belajar tinggi-tinggi ni tak berguna? (Dell pernah diperli kerana sambung pengajian sehingga peringkat ini sebab Dell seorang perempuan). Tak kira apa jua bidang, rezeki itu tetap akan ada sebab itu janji Allah selagi kita berusaha bersungguh-sungguh, terusan berdoa dan tawakal. 
  2. Apabila kita mempunyai pengalaman dan pendidikan yang tinggi, nilai wang bagi waktu bekerja kita semakin bertambah. Sebagai contoh, jika dulu kerja sebulan dapat RM2500, kini hanya bekerja beberapa jam sahaja sebulan tetapi turut memperolehi gaji yang sama iaitu RM2500.
  3. Apabila masa kita banyak terluang tanpa menjejaskan pendapatan bulanan, kita akan mendapat banyak peluang lain dengan pelbagai cara. Secara tidak langsung, pendapatan semakin bertambah. Dengan syarat, kena pandai menguruskan masa.



Betul tu. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Sebenarnya, sejak tamat pengajian Master lagi Dell sudah beberapa kali memohon pekerjaan tetap yang sesuai dengan diri Dell tetapi belum ada rezeki. Ada beberapa tempat meminta Dell meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi dari mengambil Dell bekerja.

Akhirnya, Dell mengambil keputusan melanjutkan pengajian pada tahun lepas setelah membuat perancangan dari segi penyelidikan yang hendak dibuat, sudah pasti siapa supervisor yang sudi menerima Dell sebagai pelajarnya dan lain-lain berkaitan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan teratur dan lancar seperti yang dirancang. Mungkin ini sebenarnya perjalanan yang harus Dell lalui iaitu sebagai siswazah sepenuh masa dahulu sebelum mendapat kerja tetap yang sesuai. Mana taknya, semua permohonan kerja tidak berjaya tetapi permohonan biasiswa dan geran penyelidikan yang berjaya, dengan mudah pula tu.

Nota:
Benarlah masa depan itu rahsia Allah... cuma kita perlu berusaha bersungguh-sungguh, terusan berdoa dan seterusnya tawakal.
Dell bernasib baik kerana salah seorang sepupu Dell yang tinggal di Melaka mengajak Dell duduk di sini menemaninya beberapa hari. Maklumlah, dia baru pindah, beli rumah di situ. Dapatlah Dell beralih angin sekejap di sini. Lagipun, Dell bosan juga duduk kat rumah, otak pun dah tepu. Sekurang-kurangnya di tempat baru, idea baru pun muncul. Banyak program yang kami hendak buat nanti. Biasalah kalau sepupu bila dah berjumpa.

Memang sepupu Dell bagi Dell makan cukup-cukup. Satu hari berapa kali makan... makan makanan yang berat-berat pula tu. Kalau lama berada di sini, memang sah gemuk.

Isnin - Malam tu kami makan Kueh Teow Meletup sepupu masak. Makan bersama nugget goreng.


Selasa - Awal pagi makan Kueh Teow Meletup yang dipanaskan semula (semalam punya), tengahari makan nasi lemak. Petang Dell masak Sup Daging Tumis Darat, Kobis Goreng dan Sambal Belacan untuk makan petang. Lepas tu, makan pelbagai jenis coklat (sebab sepupu Dell baru pulang dari Langkawi). Tengah malam pula, sepupu masak Nasi Goreng Tom Yam Meletup yang sedap! Dua pinggan Dell makan.

Kali pertama masak sup dengan cara tumis darat. Alhamdulillah, menjadi. Sepupu kata sangat sedap, tak sangka sesedap itu. Banyak kali dia makan sup sahaja. Lega rasanya, Dell hanya mencuba resepi. 

Esok? Esok tak pasti akan masak apa. Kali ni memang Dell makan sangat banyak sebab lauk-lauknya sedap. Suka Dell masak di sini kerana di sini semua barang ada, tinggal kena masak je. Dell ingatkan nak cuba masak resepi rahsia yang diajar oleh bapa angkat Dell di utara. Harap-harap menjadi! 

Nota :
  1. Sebenarnya, Dell tak sangka akan ke rumah sepupu ni. Setelah diminta berkali-kali Dell datang, akhirnya Dell setuju. Terasa masa Dell terisi, bukan sahaja masa... malahan perut juga. Hehehe... Sepupu Dell suka makan, jadi memang dirumahnya banyak makanan sama ada makanan ringan mahupun makanan berat. Seronok Dell buat eksperimen masak apa-apa resepi kerana sepupu suka makan.
  2. Terharu diberi layanan sebegini tatkala Dell sedang dalam mood kurang selera makan disebabkan terkenang masakan di kampung. Alhamdulillah, mood Dell semakin pulih.



Lumrah jika balik je dari kampung, selera makan akan berkurangan. Mana taknya, asyik terkenang makanan yang sedap-sedap di kampung. Di sini payah hendak jumpa makanan yang sedap. Mana hendak jumpa soto, sambal belacan, sambal kicap, rojak manis dan beberapa jenis makanan seperti di Johor. Kalau kat kampung, makan memang tak berhenti. Masakan mama memang tiada tandingan, masakan di luar rumah pun boleh tahan sesuai dengan selera. Bayangkanlah, pisang hangit yang dijual di kampung pun laris di pasaran sebab sedap (jangan tidak percaya, ada satu gerai "Pisang Goreng Hangit" di Kluang). Kalau duduk lama di kampung, mesti gemuklah!

Kebiasaan mula-mula pulang dari kampung, Dell akan makan fast food je sama ada McD, KFC atau burger untuk beberapa hari, sebab tak selera sangat nak makan. Selepas tu, baru Dell beranikan diri beli nasi goreng atau makanan lain di restoren di sini. Kalau selera masih kurang, Dell akan masak sendiri mengikut citarasa seperti nasi goreng cili padi atau lauk-lauk yang simple.

Semalam, Dell masak ikan masin goreng bercili dan telur goreng kicap. Mula-mula, ingatkan hendak masak nasi goreng ikan masin tapi terasa macam tak selera pula. Lauk simple macam ni dapat membuka selera Dell. Habis jugalah satu pot beras Dell makan dengan lauk sebegitu. Selebihnya, Dell goreng karipap frozen mama dan minum sup cendawan.

Tadi, kawan Dell ajak Dell lepak di rumahnya. Maklumlah, hari Ahad bosan katanya. Dell dipelawa makan bersama-sama dia. Kali ni dia yang masak. Kiranya, kali pertama Dell merasa masakannya. Lauk yang simple je tetapi memang selera Dell makan. Kawan Dell masak kari terung, ikan goreng, sayur bayam goreng dan sambal belacan. Karinya yang secukup rasa dan pekat beserta sambal belacan yang sangat sedap betul-betul membuka selera Dell, makan pula dengan ikan goreng yang garing dan nasi panas. Pergh, sangat meletup gitu! Serius Dell kata, dah lama Dell tak pekena sambal belacan sesedap itu. Habis nasi sepinggan! Malam pula pekena mee goreng mamak pedas, habis juga sepinggan. Sedap sangat!

NOTA:
Inilah nasib musafir seorang pelajar yang sentiasa rindu akan masakan ibunya dan makanan di kampung. Mana boleh tanding masakan ibu, kan?
Bagus betul cuti semester kali ini. Jarang Dell bercuti semester dari mula sampai habis cuti tapi kali ni Dell cuti sepuas-puasnya tanpa menjeling langsung tugasan. Sibuk ke hulu dan ke hilir dengan saudara mara dan rakan-rakan. Baru tahu bagaimana nikmatnya hidup jadi pelajar yang ditaja ni **Dah tua begini baru merasa. Masa terlalu banyak kerana tak perlu bekerja. Tapi tak boleh leka, bahaya juga. 

Nota :
  1. Cuba membahagikan masa untuk menulis dan membaca buku ilmiah.
  2. Sedaya-upaya menyiapkan semua tugasan sebelum semester berakhir.
Pada Jun 2011, Dell diajak oleh salah seorang sahabat Dell untuk menyertai Seminar Jutawan Internet Irfan Khairi secara percuma di Kuala Lumpur. Selama ni, Dell hanya berpeluang membaca bukunya dan melihatnya di kaca televisyen. Tak sangka Dell mendapat peluang bersemuka dengan beliau sendiri. Banyak juga tips-tips yang beliau beri tetapi jika hendak tips-tips yang lebih banyak kena hadiri seminar beliau yang berbayar.

Irfan Khairi seorang yang sangat simple dan humble

Tak sangka Fahrin Ahmad pun ada sekali di dalam seminar ni

Pengalaman yang Irfan Khairi kongsikan di dalam seminar ini sangat berguna dan memberi motivasi kepada Dell. Tambahan pula, Dell sudah didedahkan dalam bidang perniagaan sejak kecil oleh nenek. Sudah tentu Dell tidak akan lepaskan peluang untuk bidang perniagaan suatu hari nanti. :)

Nota :
Sedang membaca buku beliau berjudul ' Nota Jutawan, Nota Kewangan'.
Pada Mei 2011, Dell berpeluang mengikuti Forum Sastera "Hikayat Merong Mahawangsa : Daripada Sastera Klasik kepada Filem" di Dewan Bahasa dan Pustaka. Waktu itu, ramai yang mempertikaikan mengenai jalan cerita yang telah diolah di dalam filem tersebut berbanding kisahnya yang sebenar di dalam sastera. Ramai artis, pelajar universiti, pengkaji sejarah dan lain-lain datang ke forum ini. Antara gambar yang sempat dirakam.

Panel-panel yang terlibat

Bersama sasterawan negara yang ke-10, SN Dato' Dr. Anwar Ridhuan

Raja Azmi

Datuk Freddie Fernandez

Harun Salim Bachik

Dr.Zulkifli @ Zubin Mohamad 

Sofia Jane
Pada April 2011, Dell berpeluang bertemu dengan Remy Ishak dan Maya Karin secara bersemuka kerana mereka mempromosi filem 'Cun' di fakulti tempat Dell bekerja dulu.
Pada 3hb November lepas Dell berpeluang pergi ke Majlis Aqiqah cucu kepada bapa angkat Dell iaitu Kamaludin Mat Lela di Kuala Selangor. Dell pergi ke sana bersama dengan sepupu Dell, Masittah. Cucu-cucu bapa angkat Dell ni comel-comel belaka.

Banyak hidangan yang dihidangkan. Salah satunya ialah kambing panggang. Tapi Dell tak boleh makan sangat waktu tu sebab tekak Dell kena ulser, nak telan air liur pun sakit. Dell cuma makan salad dan kuih-kuih yang manis je. Huhu. Geram je tengok sepupu bedal macam-macam makanan.

Seronok melihat bilik study abah ni. Buku bersusun dah macam kat perpustakaan. Banyak sungguh bukunya. Abah Dell ni bekas wartawan Utusan Malaysia. Jadi, banyaklah kisah-kisah yang dikongsikan kepada kami. Kalau ada sesiapa yang hendak temuramah beliau mengenai kewartawanan, jumpalah beliau. Mama pula sibuk layan saudara mara dan sahabat handai yang datang ke majlis ni.

Nota :
  1. Suatu hari nanti Dell nak wujudkan perpustakaan di rumah sendiri (bilik khas untuk buku).
  2. Seronok kerana dapat buku percuma jika melawat bapa angkat Dell ni. :)


Sudah seminggu Dell meninggalkan blog kesayangan Dell ni. Al-maklumlah, sibuk ke hulu dan ke hilir. Hari Ahad lepas, sepupu Dell melangsungkan perkahwinannya. Jadi Dell dan saudara-mara lain balik ke Kluang, Johor.

Inilah dia sepupu Dell, Azliza dengan pasangannya Jamil.

Button khas untuk keluarga yang terdekat! Woha! ~comel button tu~

Kali ni, Dell pulang ke kampung tumpang saudara (keluarga sepupu) Dell dari Ipoh, Perak. Mujur kereta mereka ada kosong. Untung juga kerana merasa naik Alza baru, hehehe... Malam Sabtu, kami bertolak dari rumah Dell. Kami singgah makan di RnR Seremban. Sedap lauk udang galah rendang yang dimasak oleh ibu sepupu. Banyak ekor juga yang Dell rembat! 

Selepas majlis di Kluang selesai, Dell ikut saudara melawat saudara mereka di Kota Tinggi. Dah lama Dell tak ke Kota Tinggi. Masakan saudara sangat sedap, ikan masak asam pedas, kangkung goreng belacan dan ayam goreng rempah menepati citarasa Dell. Puas Dell makan berkali-kali.

Dell turut berpeluang memandu Alza kepunyaan saudara sehingga puas! Seronok juga memandu kereta MPV ni. Ni yang terasa hendak menukar kereta baru!!! ~Sabar wahai hati.. tunggu sehingga habis belajar...~

Hari Isnin malam, baru kami sampai di rumah Dell. Mereka semua bermalam di rumah Dell sebelum bertolak ke Perak, hari dah lewat sangat. Selepas subuh, baru mereka bertolak ke rumah Tanjung Malim sebelum ke Ipoh.

~Perjalanan yang menyeronokkan ;)~
Minggu ni mood agak slow sikit. Maklumlah lama sangat lepak di kampung. Balik dari kampung, sakit tekak pula tambahan terasa macam demam sikit, tu yang membuatkan terasa malas je. Mujur ada kawan-kawan berdekatan, dapat juga lepak-lepak dengan mereka. Kalau malas nak keluar, chat je dengan mereka.

Walaupun kini Dell sudah tidak bekerja, talian telefon Dell tetap berdering seperti biasa. Jadi, tidaklah terasa sunyi. Sepupu pun selalu juga datang lepak di rumah Dell. Kalau bosan sangat, Dell lepak di rumah kawan-kawan pula. 

Dell masih lagi menjadi Administrator untuk Global Media Journal-Malaysian Edition (GMJ-ME). Sekali-sekala dapat berhubung dengan orang luar melalui mesyuarat. Dapat input baru. Mujur Dell dapat menguruskan jurnal ini di rumah.

Esok Dell akan ada perbincangan untuk laporan bengkel yang telah Dell tulis selepas disemak oleh pensyarah. Katanya, insyaAllah dapat markah penuh. Cuma Dell perlu buat sedikit pembetulan mengikut apa yang diminta. Alhamdulillah. Lega rasanya. 

Sepatutnya, esok petang Dell perlu kemukakan borang soal selidik yang berkaitan dengan penyelidikan Dell tapi tulah ilham belum datang lagi. Tambahan mood yang agak kureennnggg ni, lagilah terasa malas hendak buat. Tapi tetap kena buat juga sebab ada markah beb. Harap-harap dapat ilham esok pagi. 
Masih Dell ingat kali pertama menjejakkan kaki di atas pentas UPM untuk menerima skrol BA (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) pada 30 Julai 2005. Waktu itu terasa tidak percaya Dell sudah berjaya pada peringkat yang pertama. 

Dua tahun kemudian, Dell melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama. Ketika itu, Dell sedang bekerja di Research Management Centre (RMC) UPM. Waktu itu, pegawai dan bos di sana memberi galakan kepada stafnya untuk sambung belajar. Ramai rakan-rakan sekerja sedang sambung belajar waktu itu.

Akhirnya, pada 9 Oktober 2010, Dell berjaya mendapatkan skrol Master Bahasa Melayu di atas pentas. Waktu itu, Dell bertuah kerana sesi penyampaian skrol dilaksanakan oleh Tuanku Sultan Selangor. Merasa bersalaman dengan Sultan Selangor.

Alhamdulillah, pada tanggal 28 Jun 2011, Dell sekali lagi telah naik ke atas pentas UPM untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UPM. Anugerah disampaikan oleh Dato' VC UPM iaitu Y. Bhg. Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi. Itulah kenangan Dell sebelum menamatkan perkhidmatan dengan UPM pada tahun 2012 ni. 

NOTA :
Tak sabar untuk naik ke atas pentas sekali lagi untuk menerima skrol Ijazah Doktor Falsafah pada tahun akan datang... insyaAllah...