Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bersama Sasterawan Negara keenam



By  nurdilla zaini     Sabtu, November 02, 2013    Labels:,, 
Bersama Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh.
Alhamdulillah, pada hari Jumaat (1 November 2013), Dell berpeluang bertemu dengan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh di rumahnya di Kajang. 

Gementar sebenarnya ketika Dell ditemuduga oleh beliau. Beliau teliti setiap sijil yang Dell ada termasuk artikel yang pernah Dell tulis dan terbit serta pencapaian lain yang ada. Alhamdulillah, Dell lulus.

Dell ingin mendalami ilmu penulisan dan peluang ini datang ketika beliau ingin mencari pembantu untuk penulisan beliau. Dell mencuba nasib atas peluang itu. Secara tidak langsung, Dell akan belajar bagaimana hendak menulis buku akademik dan buku antologi puisi.

Dell rasa terharu ketika beliau sudi membaca artikel-artikel Dell yang pernah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia itu. Malah beliau memberi galakan dan perangsang bagaimana untuk menulis artikel yang lebih panjang. Kata-kata beliau itu sudah cukup menyuntik semangat Dell. Maklumlah, Dell hanya penulis pecisan sahaja.

Beliau berkenan dengan artikel pertama Dell iaitu 'Terokai Farm In The City' terutama pada gambar-gambar yang Dell ambil. Beliau suka fotografi rupa-rupanya. Beliau ada menulis artikel mengenai kembara di luar negara dalam beberapa buah majalah, jadi beliau meminta Dell membantu memilih gambar-gambar nanti untuk tulisan beliau.

Seronok juga berbual dengan isteri beliau. Isterinya pun jenis peramah dan merendah diri. Dell rasa sangat selesa ketika berada di rumah beliau. 

Tugasan Dell pun sudah bermula pada hari tersebut. Selepas ini, kuranglah sikit masa-masa 'lagha' Dell.  Jika tidak, banyak masa Dell terbuang begitu je apabila tidak melakukan hal-hal berkaitan dengan penyelidkan Dell. Semoga Allah permudahkan urusan kami semua. Amin...

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan