Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Jamuan Hari Raya bersama-sama penulis Legacy



By  nurdilla zaini     Selasa, Ogos 18, 2015    Labels:, 
Pada hari Ahad lepas, Dell dijemput ke jamuan hari raya syarikat Legacy. Jamuan kecil-kecilan untuk penulis-penulis Legacy. Jamuan diadakan di AbuAin Kitchen Studio. Tak sangka Dell berpeluang datang ke sini lagi. Menu makanan di sini memang tip top!

AbuAin Kitchen Studio.
Terasa kerdil diri ini berbanding mereka yang sudah berpengalaman dalam bidang masing-masing. Terasa seronok juga dapat berbual-bual dengan mereka dalam keadaan santai dan bersahaja. Selama ni, masing-masing agak skema. Hihihi...

Antara penulis yang sempat bergambar bersama-sama.
Terngangga masing-masing mendengar cerita Pn. Atie. Hihihi...
Mendengar cerita semua penulis dengan begitu serius sekali. Hahaha...

Berbual punya berbual, kami tidak menyangka yang rupa-rupanya kami semua agak sekepala. Maka terjadilah sebuah komplot untuk menghasilkan sebuah karya bersama-sama walaupun semua penulis sudah ada projek penulisan masing-masing. 

Tidak sangka perbincangan komplot ini masih berlangsung sehingga blog ini ditulis. Semua penulis berkobar-kobar hendak siapkan bahagian masing-masing. Dell pun terasa gembira sangat-sangat dengan komplot ini. Rasa sangat bahagia untuk menulis. Alhamdulillah.

Doa-doakan semoga projek ini berjalan lancar dan dapat memberi ilmu bermanfaat kepada pembaca di luar sana. Amin... :)

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Cantik pula AbuAin Kitchen Studio ni. Hiasan yang sangat simple. Alaaa kak Dell pun hebat juga. Pasti seronok dapat duduk semeja dengan orang-orang hebat & dengar pengalaman masing-masing. Truly inspiring!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Pojie. :)
      AbuAin Kitchen Studio ini memang cantik. Pojie boleh jengok-jengok di blognya www.kuahkari.com. Selalu juga studio ini digunakan untuk siaran di tv.

      Padam