![]() |
| Testimoni Karya "Gelang" dalam Antologi KELIBAT |
Terkejut tadi ketika terbaca salah satu status facebook milik Puan Ogy Yusof. Terima kasih kerana sudi memilih karya Dell bertajuk "Gelang" dan memberi testimoni. Kelakar ketika Dell membacanya.
Sudah ramai yang bertanyakan Dell berkaitan dengan kisah "Gelang" ini. Dell kongsikan sedikit pengalaman ketika berada di Yashfien.
Pemakaian gelang kaki (berloceng atau tidak) memang akan menarik perhatian jin-jin untuk bermain-main dan bergayut-gayut di situ. Dell saksikan sendiri pengakuan jin yang disoal oleh Prof. Dato' Dr. Hj. Engku Ansaruddin Agus ketika merawat pesakit di Pusat Rawatan Yashfien.
Dell
Pelajar Baru Kelas Mistik :)
![]() |
| Testimoni Karya Gelang dalam Antologi Kelibat |
Pada 14 Februari 2016 lepas, Dell menerima satu mesej testimoni daripada rakan yang telah memiliki Antologi KELIBAT.
Terkejut juga apabila anak kepada kawan turut membaca buku antologi ini. Anaknya masih di sekolah rendah.
Anaknya akan baca buku ini sewaktu siang sahaja. Seram katanya. Takut tidur nanti termimpi-mimpi. Itulah ulasan si anak kecil itu berkaitan dengan pembacaannya.
Nak memiliki KELIBAT?
![]() |
| Hubungi Dell ya! |
![]() |
| Testimoni Karya Gelang dalam Antologi Kelibat |
Selepas solat subuh pada 26 Mac 2016 (Sabtu), terkejut Dell membaca testimoni ini melalui Telegram Grup Penulis-penulis KELIBAT. Dell baca berkali-kali setelah terlihat bintang-bintang itu. Takut-takut tersalah tengok.
'Reviu' daripada Reyna Aryssa.
Terima kasih Dell ucapkan. Tak sangka mendapat LIMA BINTANG daripada beliau untuk karya Dell berjudul "Gelang".
Alhamdulillah... smile emoticon
#9/2016
![]() |
| Lamaran melalui whatsapp. |
Terkejut apabila
dilamar sebegini pada petang 17 Februari 2016. Tidak pernah terfikir akan ada selebriti yang ingin mendapatkan perkhidmatan Dell untuk mempelajari bahasa Melayu.
![]() |
| Bersama-sama Pn. Azah Yasmin. |
"Dulu saya
selalu tonton 3R. Tak sangka akhirnya dapat bertemu dengan akak. Sebelum ni,
saya pernah bertemu dengan kak Gwen dan Kak Tini."
Alhamdulillah. Bersama-sama Pn. Azah Yasmin. Jika tiada aral melintang, kelas persendirian bahasa Melayu akan diadakan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah.
![]() |
| Prof. Dato' Dr. H. Engku Ansaruddin Agus (Perangi Sihir) |
10 Februari 2016 - Seharian pada hari ini,
Dell bersama-sama dengan Prof. Dato' Dr. H. Engku Ansaruddin Agus (Perangi
Sihir) untuk penulisan buku. Dell benar-benar tidak sangka beliau ni kelakar orangnya.
![]() |
| Buku beliau 'Perangi Sihir'. |
Beliau memberi Dell senaskah karya beliau terbitan PTS. Dell pernah mengikuti rancangan beliau di OASIS. Tidak sangka, Dell akan menemui beliau pada hari tersebut. Mudah-mudahan penulisan buku ini dipermudahkan oleh-Nya. Amin...
![]() |
| Buku Antologi Seram "Kelibat". |
Karya terbaru Dell
bergenre SERAM!
Alhamdulillah... buku
antologi Kelibat sudah keluar dari 'oven' kilang cetak. Masih terasa
kepanasannya. Tak sabar nak memilikinya!
Meroyan - Faten Anur
Siapa Tak Berteman? - Harith Hakeem
Saka Tok Mat - Zafirdani
Hantu - Norhanisamila
Lori Nombor 11 - Norhanisamila
Gelang - Nurdilla Zaini
Kabus Masa - Izzati Mukhali
Bukan Silapnya - Norzaymah al-Rashid
Hah! Aku Sergah Kau Orang - Web Sutera
Almari Tok Embah - Baharuddin Sairi
Menuju Duniamu - Chua Pei Yong
Puteri Lembah Bujang - Azizon Othman
Rahsia Riviera II - Qashdiera
Aku Nampak - Mesbo
Harganya hanya RM22
sebuah. Sesiapa yang hendak memilikinya, meh pm Dell ya! :D








