Haaa... ini Dell nak cerita sedikit tentang Bufet Ramadan di Hotel Bukit Merah Laketown Resort sempena bulan puasa yang akan menjelang tak lama lagi.
Tema bufet hotel pada kali ini ialah ‘Gerbang Iftar Nusantara’.
Jadinya, sajian bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah akan menjadi daya penarik berbuka puasa di sini.
Bagi penggemar kambing bakar, menu ini merupakan antara menu ‘wajib’ selain ayam golek dan beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambing berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan sebagainya.
Aduh, terliur pula! Maklumlah semalam Dell dah merasa beberapa menu ni.
Selain makan di atas meja, pengunjung juga boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa ruangan khas yang disediakan.
Bayangkan makan sambil menghadap tasik berhampiran Le’Lac Café, disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu. Sudah pasti menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.
Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd Noor, memberitahu kepada kami bahawa sebanyak LIMA set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan.
Ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai shepherd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju beserta tomato.
Katanya lagi, hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti John, murtabak, kambing serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, cucur bergoreng.
Pencuci mulut turut disertakan dengan pelbagai jenis kerabu, salad dan ulam-ulaman supaya juadah berbuka di sini lebih ‘meriah’.
Menu yang bersilih ganti pada setiap hari ini sesuai untuk meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung. Jadi, mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka.
Jangan bimbang, jadual menu akan dihebahkan melalui siaran edaran seperti ‘flyers’, ‘banner’ (gegantung), media sosial dan sebagainya.
Pihak hotel ada menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar. Malah selain berbesar hati menjadi perantara kepada mana-mana pihak yang berkeinginan menaja anak-anak yatim dan fakir miskin untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan juadah di sini.
Ramai yang tanya tentang harga bufet Ramadan ni. Ini kadarnya, RM45 bagi dewasa serta RM35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Bukan itu sahaja, para pengunjung boleh belayar menaiki bot merentas tasik sementara menunggu waktu berbuka puasa secara percuma (bagi 60 penumpang terawal setiap hari). Ada dua sesi pelayaran iaitu pada 6.15 serta 6.45 petang.
Untuk pengetahuan semua, Tasik Bukit Merah ini terbentang seluas 7,000 ekar. Tasik inilah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama.
Haa... menarik, bukan?
Bagaimanapun, perkhidmatan pelayaran tasik bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada pada paras tertentu.
Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadan, usah bimbang. Ini kerana solat tarawih secara berjemaah boleh dilaksanakan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.
Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM35 bagi dewasa dan RM25 kanak-kanak, warga emas, serta orang kurang upaya (OKU) untuk pembelian yang telahpun bermula pada 1 sehingga 30 April 2019.
Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 hingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama satu baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi +605-8908888 atau layari http://www.bukitmerahresort.com.my.
Mari kita lihat foto-foto di bawah:




























Tiada ulasan:
Catat Ulasan