Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Cabaran menjadi Siswazah



By  Kakdell     Ahad, Mei 28, 2017    Labels: 
Tulis Tesis

Permulaan Ramadan yang sangat mendamaikan hati Dell.

Semalam, diberikan Allah titik keluar bagi masalah penulisan tesis Dell setelah berjumpa dengan salah seorang jawatankuasa tesis.

Alhamdulillah...

Penulisan tesis tersebut lama tertangguh. Sv pencen. Tukar sv.

Hampir-hampir berputus asa kerana banyak perubahan perlu dilakukan kerana penulisan tesis tersebut tidak melambangkan Dell siswazah bahasa tetapi siswazah dalam bidang pengkomputeran.

Inilah liku-liku dan jerit payah dalam mengejar ilmu.

Setiap siswazah ada cerita perjuangannya yang tersendiri. Perjuangan yang sangat berat. Perlu kuat dari segi fizikal, mental dan spiritual.

Itu belum termasuk pengorbanan dari segi tenaga, wang ringgit, masa dan lain-lain. Tidak semudah yang disangka jika hanya melihat dengan mata kasar.

Kekuatan untuk menghadapi cabaran sebegini, bukan boleh dibuat-buat. Jika tidak kuat, ramai yang terkandas.

Jadi sebelum bertanya kepada mereka, "Hai, tak habis-habis lagi belajar? Lamanya."

Fikir baik-baik.

Bayangkan jika kami pula bertanya kepada penyoal itu sebegini, "Hai, tak akan belajar setakat itu sahaja? Tak nak sambung ke?"

Amacam? Apa jawapannya?

Persoalan-persoalan menyindir seperti itu tidak seharusnya ada. Yang perlu ada ialah fikirkan solusi yang sesuai untuk membantu siswazah-siswazah ini.

Sokong mereka. Sekurang-kurangnya, mereka berkeinginan menuntut ilmu. Sedangkan mereka ada pilihan untuk tidak berbuat demikian.

Sekali lagi, fikir-fikirkanlah.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

10 ulasan:

  1. Insya Allah besar pahala menuntut ilmu

    BalasPadam
  2. Hi salam kenalll... Done followwee ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, salam perkenalan. Terima kasih kerana sudi follow. :)

      Padam
  3. Fuhhh.. rasa macam dah tepu dah otak nak sambung belajar balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila sudah betul-betul bersedia, InsyaAllah kita mampu sambung belajar balik. 😊

      Padam
  4. Semoga Allah permudahkan urusan kak dell.

    Blogwalking here =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah. Terima kasih di atas doa. 😊😊😊

      Padam
  5. Saya ni nak smbung degree asyik la tertangguh je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Bukan mudah sebenarnya hendak sambung study ni.Kena betul2 kuat.

      Padam
  6. Hahh xpe teruskan usaha..penat jadi pelajar ni

    BalasPadam