Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Artikel sempena musim haji



By  nurdilla zaini     Rabu, Oktober 30, 2013    Labels:,, 

Konsep Tawaf dan OtakKanan, ruangan Bicara Remaja, Citra Orang Muda, Utusan Malaysia pada 19 Oktober 2013

Dah lama Dell tidak menyapa blog ini. Maklumlah, demam selepas itu sibuk pula dengan beberapa hal. Hari ini, baru ada sedikit lapang untuk bercerita.

Alhamdulillah, artikel Dell yang ketiga telah selamat diterbitkan dalam ruangan Bicara Remaja di Citra Orang Muda (.com), Utusan Malaysia pada 19 Oktober 2013.

Atas galakan daripada salah seorang kenalan Dell yang merupakan pereka jam tangan tawaf Raudah yang telah mengkaji kebaikan tawaf, membuatkan hati Dell terpanggil untuk menulis artikel ini pada malam raya Aidil Adha dan menghantarnya ke akhbar. Tambahan pula, ianya agak bertepatan dengan musim orang mengerjakan haji. Memudahkan artikel ini disiarkan.

Orang lain bersengkang mata masak rendang di malam raya, Dell pula bersengkang mata menulis artikel untuk akhbar. Ilham sudah sampai, rugi jika tidak dimanfaatkan... Betul tak?

Kini Dell sudah mendapat beberapa idea untuk fokus beberapa isu. InsyaAllah, Dell akan menulis untuk artikel seterusnya. Sekarang ini, Dell sedang mengumpul maklumat yang sesuai.

Semoga ianya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Tahniah! Boleh saya tahu berapa bayaran yang dibayar untuk artikel pertama dulu? dan kedua? Rasanya setiap ruangan berbeza-beza.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, tetamu istimewa. Saya belum claim bayaran lagi untuk artikel-artikel saya atas nasihat sifu. Apabila dah mantap, baru kemukakan. Kerana nak menjaga hubungan baik antara penulis dengan editor. Tidak mahu kelihatan terlalu mendesak.

    BalasPadam