Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Di hari persandingan sahabat baikku...



By  nurdilla zaini     Rabu, Oktober 02, 2013    Labels:, 
Masih ingatkah Dell pernah menceritakan tentang Hari Pertunangan sahabat baik Dell, Camy pada akhir bulan Jun 2013 yang lalu? Alhamdulillah... pada tanggal 28 September 2013, sahabat baik Dell iaitu Camy bersama pasangannya Teddy telah selamat diijab kabulkan dengan hanya selafaz sahaja. 

Bersanding di rumah pengantin perempuan selepas akad nikah
Sedar tak sedar dah hampir 23 tahun, Dell dan Camy bersahabat sama ada suka dan duka. Harap-harap Teddy tak bawa lari sahabat baik Dell ini jauh-jauh! Huhuhu...

Tumpang bergambar di katil pengantin sementara menunggu pengantin bersolek
Camy dan Teddy telah berkenalan hampir 13 tahun, pada asalnya hanya kawan biasa sehinggalah mereka kini menjadi sepasang suami isteri. Keikhlasan Teddy memeluk Islam beberapa tahun lepas (tanpa paksaan dari mana-mana pihak) sangat Dell puji. 

Dah bergelar PUAN dah sahabat Dell ini...
Masih segar dalam ingatan ketika Camy menelefon Dell memberitahu tentang kesudian Teddy tiba-tiba ingin memeluk Islam sebelum bulan puasa beberapa tahun dulu benar-benar membuatkan kami berasa gembira. Masih teringat apabila Camy memberitahu bahawa menitik air matanya ketika mendengar Teddy mengucapkan dua kalimah syahadah di pejabat agama. Benarlah bahawa hidayah itu milik Allah.

Ketibaan pasangan pengantin di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Kluang
Majlis meraikan pengantin ini dibuat keesokkan harinya di Dewan Tunku Ibrahim Kluang. Pengantin hanya makan beradap dan potong kek di sini. 

Pengantin diminta memberi sedikit ucapan kepada tetamu yang hadir
Secara kebetulan, Dell sampai di dewan ini saing dengan konvoi motor-motor besar (kawan-kawan Teddy) mengiringi kereta yang membawa pengantin.

Konvoi motor-motor besar (kawan-kawan Teddy)
Di majlis ini, dapatlah Dell bertemu dengan sahabat-sahabat semasa sekolah menengah dulu. Maklumlah, selepas tamat SPM ramai sudah berubah haluan masing-masing. Ramai yang sudah berhijrah di merata-rata tempat. Mana yang ada facebook dan aktif, dapatlah berhubung. Ada juga yang terputus hubungan terus.

Semuanya sudah berkeluarga...
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama, dapat juga Dell bertemu dengan rakan-rakan ketika sekolah dulu. Dell bersyukur dapat menghadiri majlis persandingan sahabat baik Dell ini. Dell doakan semoga kasih sayang mereka bertaut sehingga ke syurga. Amin...

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan