Produk Unifi |
Setelah hampir 5 tahun menggunakan Broadband Maxis, akhirnya Dell terpaksa berpaling tadah kepada Unifi. Mana taknya, semakin lama talian Maxis semakin perlahan, selalu juga taliannya hilang tiba-tiba walaupun gb masih banyak lagi. Banyak kerja Dell tergendala. Dahlah kadang-kadang terpaksa top up kuota gb sehingga mencecah RM158 sebulan! Itu pun jarang sangat buka youtube. Rugi... rugi...
Sebagai seorang penulis, editor dan siswazah sepenuh masa... penggunaan internet sangat penting sekarang ini. Dell banyak mencari bahan-bahan tesis, ilmu, networking dan peluang penjanaan kewangan melalui internet. Malah, sudah menjadi kewajipan Dell juga dalam menggunakan e-kamus setiap hari sebagai editor.
Kini dengan pakej RM148 sebulan, Dell dapat menggunakan internet tanpa had limit serta sangat laju. Telefon talian tetap pun percuma, senang nak telefon rumah di kampung atau pejabat-pejabat yang berkenaan.
Dell sudah menggunakan Unifi selama seminggu. Memang sangat berpuas hati. Hendak tengok youtube melalui televisyen pun boleh. Dapat pula beberapa puluh siaran tv secara percuma.
Untuk broadband mobile nanti, Dell akan cari pakej yang murah (untuk iPad). Dell akan tamatkan perkhidmatan yang lama. Lagipun, kebanyakan masa Dell berada di rumah.
Apa-apa pun, Dell sangat gembira dengan unifi ini. :)
memang berbaloi gune unifi nih..xde limit quota kan...terbaik..hehe
BalasPadamMemang terbaik! :)
Padamguna unifi memang berbaloi...tapi buat masa sekarang rumah nie farah tak nak masukkan lagi...sebab kekadang kat umah nie tingal ibu dan ayah jer...rasa macam rugi...nanti kalau farah dah balik rumah memang unifi menjadi pilihan..
BalasPadamSaya rasa menyesal dulu tak guna... Tapi skrg ini, rasa sangat2 berbaloi! :)
Padam