Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Program Motivasi Keusahawanan Ramadan 2014



By  Kakdell     Rabu, Ogos 20, 2014    Labels:,,, 
Sudah lama Dell tidak menjengah blog ini disebabkan kesibukan yang melanda. Talian internet di rumah, sudah bagus kerana Dell telah melanggan Unifi tetapi ketika berada di kampung, talian internet Maxis Dell sangat teruk! Kerap putus. Bukan sahaja Dell tak dapat nak update blog bahkan facebook juga. 

Sebenarnya, banyak peristiwa yang Dell alami sehingga kini. Banyak juga yang ingin Dell kongsikan tetapi masa sangat mencemburui. Hari ini, Dell akan cuba mencoret sedikit peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam beberapa bulan ini. 

Pada 19 Julai 2014 (Sabtu) yang lalu, Dell berkesempatan menghadiri sebuah program iaitu Program Motivasi Keusahawanan Ramadan 2014. Asalnya, Dell hanya mencuba nasib mendaftar kerana ia percuma dan sangat terhad tempat duduknya. Dell tak sangka, Dell terpilih. Dell hadir ke program ini bersama-sama seorang lagi rakan. Program ini diadakan di Magic, Persiaran APEC, Cyberjaya bermula pada 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Dikatakan tempat ini Obama pernah datang untuk perasmian.
Dell berkesempatan memberi kata-kata semangat untuk nahas kapalterbang MH17 sebelum program bermula.

Tuan Sam Adnan memberi sedikit kata-kata aluan sebelum program bermula.
Sesi grooming untuk imej dan gaya seorang usahawan.
"Menjadi Usahawan Terbilang dan Diberkati" oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Tak sangka jumpa Coach Rozi Saari di sini. Sudah lama Dell mengikuti perkembangan beliau di facebook. Dell sangat suka dengan penampilannya.

Banyak ilmu mengenai usahawan Dell dapati di sini. Program ini lebih untuk coaching mereka yang ingin memasuki pertandingan untuk mendapatkan dana atau geran perniagaan. Macam ala-ala Apprentice tu. Kebanyakan maklumat yang diberi tidak jauh berbeza dengan cara memohon geran penyelidikan universiti. Dell dapat imbas semula maklumat-maklumat itu melalui pengalaman bekerja di Seksyen Penyelidikan dan Inovasi sebelum ini. Penulisan proposalnya hampir sama. Sebab itu Dell mudah dapat tangkap ilmunya.

Seperti dalam program Apprentice Donald Trump, peserta yang terpilih perlulah pandai dari segenap segi ilmu. Yang paling penting, bagaimana peserta tersebut dapat menyakinkan penaja dan panel hakim bahawa proposal itu cukup kuat untuk diluluskan.

Di sini, Dell dapat berkenalan dengan beberapa orang coach yang sangat mengagumkan Dell dengan ilmu yang dimilikinya. Insya-Allah, jika ada peluang Dell akan belajar melalui mereka suatu hari nanti.

Akan ada lagi program Advanced susulan selepas ini yang akan diumumkan kemudian. Apa-apa pun, tungguuuuu... :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan