Alhamdulillah pada hari Khamis lepas (11 September 2014), Dell berpeluang mengikuti bengkel 'Dari Blog menjadi Buku' anjuran Perbadanan Kota Buku. Trainer yang mengendalikan bengkel ini ialah mentor penulisan Dell iaitu Tuan Zamri Mohamad. Dell berminat mengikuti bengkel ini kerana Dell juga merupakan seorang blogger. Dell memang sudah lama mempunyai impian untuk menjadikan blog sebagai medium perkembangan ilmiah seperti kebanyakan blog yang berpengaruh di dunia sehingga dapat menerbitkannya sebagai sebuah buku.
|
Bengkel Dari Blog menjadi Buku |
Banyak perkara yang didedahkan oleh Tuan Zamri. Rupa-rupanya, banyak perkara yang Dell terlepas pandang sebelum ini. Dengan ilmu yang diberi, sekurang-kurangnya kami semua ada garis panduan untuk menulis dengan lebih sistematik. Bukan senang nak membuatkan orang 'asyik' dengan blog kita. Sampai bila kita dapat memegang pengunjung blog untuk kekal menjadi pembaca kita?
Tuan Zamri memberitahu kami semua, beliau pernah berguru dengan seorang blogger Bill Belew (BB). BB menjana sumber pendapatan melalui penulisan blog. Blog beliau mempunyai 90, 000, 000 pembaca. Kata BB untuk mencapai tahap itu, tiada apa tips melainkan perlu menjadi 'Mad Man' (kerja keras).
|
Penyampaian sijil oleh 'orang kuat' Perbadanan Kota Buku. |
Alhamdulillah di dalam bengkel ini, Dell bertemu dengan otai-otai dalam penulisan. Mereka juga sangat positif dan
supportive. Hubungan kami semua tidak terputus selepas tamat bengkel, kami semua ditemukan di dalam group khas
facebook yang ditubuhkan secara
secret untuk kami berbincang mengenai penulisan blog sesama kami.
|
Gambar kenangan bersama-sama dengan kesemua peserta bengkel. |
|
Menulis autograf sebagai kenang-kenangan. |
|
Harap-harap adalah yang sudi melawat blog kakdell.blogspot tu. |
|
Bersama-sama blogger 'Syurga di Hati' |
|
Dell suka betul dengan ruangan ini. |
|
Bayangkan membaca sambil minum kopi di sini. |
Tuan Zamri ada mengatakan, suatu hari nanti apabila kita sudah sampai tahap tertentu...
resume atau pengenalan diri kita mungkin akan menjadi hanya dua atau tiga ayat sahaja. La ni kita dok tulis panjang-panjang pengenalan diri kita.
"Budak universiti biasanya memang sebegitu." seloroh Tuan Zamri. Dell tersengih je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan