Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Black Canyon



By  Kakdell     Ahad, April 21, 2013    Labels: 
Ketika berada di Klang, Dell berpeluang menikmati beberapa menu makanan di beberapa restoren yang sebelum ini Dell teringin untuk menikmatinya. Semua perbelanjaan ditanggung oleh supervisor Dell. Meh Dell cerikan menu yang Dell dan supervisor makan di Black Canyon, Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang.

Serius Dell katakan, makanan di sini sangat sedap! Minuman yang dihidangkan juga sangat menepati citarasa kami berdua. Dua kali kami datang makan di sini.

Dell minum Mexican Coffee dan Black Crunch Coffee untuk supervisor. Kami berdua memang hantu minum kopi. Dell tertarik dengan gelas untuk minuman Mexican Coffee. Ianya berbentuk kasut. Rasa kopinya memang sangat pekat dan pahit. Dell terpaksa meminta staf di situ tambah susu segar lebih sikit untuk seimbangkan rasa pahitnya.

Ini menu untuk supervisor Dell. Beliau memilih Salted Fish Fried Rice.

Sebelum menu utama Dell datang, Dell diberi Chicken Soup. Inilah Chicken Soup yang paling sedap Dell pernah makan. Supervisor Dell pun order sup ini setelah Dell asyik kata tersangatlah sedap.

Inilah menu utama Dell untuk kali pertama di sini. Dell memilih Lamb Chop. Memang sedap! Tak rugi memilih menu ini.

Kali kedua kami datang ke sini, supervisor memilih Iced Latte.


Manakala, Dell pula memilih Iced Chocolate. Ikutkan rasa macam tak cukup sahaja segelas.


Menu pilihan Dell kali ini ialah Spicy Seafood Spagetti. Spagettinya sangat sedap dan memang sangat pedas. Kalau mereka yang tak tahan pedas, tidak disyorkan menu ini.


Menu utama supervisor Dell pula ialah Salmon Steak. Tengok beliau makan memang licin.


Sebelum hidangan Salmon Steak, supervisor Dell dihidangkan dengan Mushroom Soup.

Kesimpulannya, hidangan menu di sini memang sedap dan ianya sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar. Cubalah!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan