Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Cikgu merajuk



By  Kakdell     Selasa, April 23, 2013    Labels: 


Keluarga B
Ain menyatakan kebimbangannya tidak mendapat A untuk subjek Sains dan kelemahannya dalam membuat ringkasan bahasa Melayu pada Jumaat lepas. Jadi, Dell mencari buku rujukan yang sesuai untuk Ain. Gembira sungguh dia dengan buku rujukan tersebut kerana buku tersebut mudah untuk dirujuk yakni ringkas dan padat. Untuk menerangkan Sains, Dell selalu buka beberapa laman web dan tunjukkan kepada mereka agar mereka nampak gambaran yang sebenar melalui gambar-gambar yang Dell tunjuk. Selebihnya, Dell minta mereka mencari video yang sesuai berkaitan dengan apa yang mereka tanya.

Ibunya meminta Dell hanya mengajar anak-anaknya selama 2 jam sahaja kerana mereka tidak dapat tumpu sepenuhnya (tidak fokus ketika belajar terutama Fir dan Sya, Ain dan Han sahaja yang seronok belajar lama) dek jumlah jam tuisyen yang lama iaitu 4 jam. Dell bersetuju. Bayaran tidak berubah cuma jumlah jam dipendekkan. 

Dell risaukan di Sya sahaja kerana dia akan menghadapi UPSR pada tahun ini. Kelihatan dia sangat over confident setelah mendapat markah yang tinggi di dalam ujian tempoh hari. Akhirnya, Dell menegur sikapnya itu dan memberi peringatan bahawa jangan leka, hanya tinggal dua bulan lagi untuk menghadapi peperiksaan percubaan UPSR! Terkulat-kulat wajahnya. Mungkin dia tak perasan masa sangat cepat berlalu.


Keluarga C
Kali ini, Fatin benar-benar menguji kesabaran Dell. Dia sudah buat perangai balik tidak mahu belajar. Alasannya seperti biasa, bosan belajar sorang-sorang dan meminta Dell mengajar pusat tuisyen supaya dia dapat bersama dengan kawan-kawannya. Dia asyik kata kenapa abangnya tidak belajar sekali. Aduhai, si anak kecil ini!

Fatin ini terlalu manja. Bayangkan dia boleh baring di atas peha Dell. Suka memberontak dengan mimik muka dan kelakuannya. Pening kepala Dell dengan tingkah lakunya. Tambahan sejak kedua-dua hamsternya mati minggu lepas. Dia tidak mahu belajar bahasa Melayu dan Sains. Dia nakkan subjek lain. Puas dipujuk!

Akhirnya tadi Dell buat keputusan setelah penat pujuk Fatin agar buat latihan. Pelbagai nasihat diberikan. Dell tanya Fatin jika dia tidak mahu Dell mengajarnya lagi, Dell akan berhenti mengajarnya bermula bulan depan. Dia diam je.

Dia bersuara, "Mengapa teacher tak pernah marah saya macam cikgu kat sekolah?"

"Fatin suka cikgu marah Fatin ke? Buat apa cikgu nak marah Fatin. Lagipun cikgu bukan jenis yang suka marah-marah. Fatin suka cikgu yang garang ke?"

"Kalau teacher tak marah, bagaimana Fatin nak ikut? Teacher tak pernah marah apa yang Fatin buat."

Setelah banyak Dell membebel untuk memujuknya, akhirnya Dell berkata, "Cikgu merajuklah macam ni. Oklah lepas ni cikgu tak akan datang mengajar lagi. Nanti cikgu bagitau mama Fatin"

Setelah dia membatukan diri selama hampir 20 minit, dia bersuara, "Yelah, teacher nak Fatin buat latihan yang mana?"

Terasa macam nak nangis pun ada melayan karenah dia ni. Sabar jelah.







Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan