Ini merupakan buku pertama Dell dalam bidang lukisan. Dell suka melukis masa sekolah dulu cuma tidak dapat galakan. Nak merasa melukis adalah semasa Dell sekolah menengah dulu sebab ada subjek Pendidikan Seni. Sejak tingkatan 6 sehingga kini, Dell tidak berpeluang untuk menyentuh alat lukisan kerana sibuk dengan kerja dan belajar yang tidak memerlukan Dell untuk melukis. Kadang-kadang sahaja sekiranya sepupu Dell yang masih bersekolah meminta bantuan Dell untuk subjek lukisannya, barulah Dell menyentuh alatan lukisan.
Dell bukanlah seorang pelukis profesional dan pandai melukis untuk apa sahaja. Cuma Dell meminati bidang ini. Dan perasaan itu semakin membuak-buak sekarang ini sehingga Dell ingin melukis semula. Mungkin setelah Dell berpeluang melihat pameran lukisan di Malaysia dan di luar negara menyebabkan perasaan itu semakin membuak-buak.
Sementelah penyelidikan Dell juga ada kaitan dengan seni lukisan dan gambar. Sedikit sebanyak Dell kena kreatif dalam membina sesuatu. Gambarajah di bawah merupakan antara ilmu pengetahuan yang Dell belajar dalam kursus di Klang tempoh hari.
Untuk membina sesebuah perisian berbentuk interaktif memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Jika tidak payah untuk membina storyboardnya.
Kita perlu juga memiliki daya imaginasi yang tinggi di dalam apa-apa bentuk visual walaupun sudah dibantu dengan alat-alat teknologi tinggi. Jika tidak, gambar tersebut akan menjadi hambar dan tiada kesan efek yang menarik.
Inilah merupakan perisian yang digunakan dalam membina siri animasi Upin dan Ipin. Sebenarnya, Dell tidak pernah menyangka berpeluang mempelajari tentang perisian ini semua ketika berumur 30. Ini kerana, Dell memang pernah berharap mempelajari semua ini ketika dulu lagi sebab Dell meminati kartun tetapi memandangkan Ijazah Dell dalam bidang bahasa jadi Dell terpaksa melupakan sahaja hal ini. Benar kata ustaz, jika benar itu rezeki kita... lambat laun ianya tetap akan menjadi milik kita walaupun lambat. Tak sangka Dell akan menemui ilmu ini ketika menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi bidang bahasa.
Tidak rugi jika kita berterusan mencari ilmu yang bermanfaat. Dan sekiranya, niat kita ikhlas dalam mempelajari sesuatu ilmu untuk kemudahan orang lain... insyaAllah akan dipermudahkan.
Sekarang faham kan maksud Dell? Jika ada teknologi tinggi, tanpa imaginasi yang kreatif tetap tak jadi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan