Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Testimoni tentang diriku?



By  Kakdell     Isnin, Oktober 14, 2013    Labels:, 
Pada hari Khamis lepas, Dell tergerak hati untuk menaip nama sendiri dan buat carian di laman Google. Dell teringin hendak tahu sejauh mana nama Dell ada di internet. Ketika Dell sedang membuka satu laman ke satu laman, tiba-tiba Dell ternampak nama Dell di laman web www.kursuspenulisan.com.

Testimoni mengenaiku di laman web kursus penulisan

Sebenarnya, Dell tak sangka status yang Dell tulis di facebook peribadi Dell waktu itu diambil sebagai testimoni di laman web ini sebagai tanda kejayaan sebagai seorang alumni. Mereka memilih gambar ini untuk disiarkan. Dell pun dah hampir tak teringat gambar yang berada di dalam profile Dell ini. Apa-apa pun ianya merupakan semangat untuk Dell terus berkarya. 

Kini, Dell dalam proses menulis buku. Dell target ianya tidak mengambil masa yang lama sebab bahan sudah ada, tinggal untuk mengolah dan susun. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Amin.



Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Tahniah kak! Saya gembira kak telah maju lebih daripada saya. Ini seakan memberi semangat kepada saya bahawa saya juga mesti berjaya. Terima kasih kak! *thumbs up

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih izham. Akk ingat nak sertai kursus yg lain pula. Akk dah daftar tp belum dpt emel. Akk ingat nak ajak awak sekali ke situ.

      Padam
    2. Boleh juga kak. Emel akan dikeluarkan sebulan sebelum program. Sekitar 10 November ke atas.

      Tuan Zamri buat promosi dahulu agar ramai teruja nak datang. Teknik pemasaran yang bagus. =D

      Padam
    3. Oh, gitu.... Akk tgh berfikir sama ada nak masuk bengkel penulisan novel atau penulisan buku motivasi... Harap2 harganya akk mampu...

      Padam