Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bengkel Penulisan Novel



By  nurdilla zaini     Ahad, Januari 12, 2014    Labels:,,, 
Assalammualaikum,

Sudah lama Dell tidak meninggalkan sebarang kata-kata di dalam blog ini. Kesibukan Dell sebagai seorang pelajar, penulis, pembantu penyelidik dan beberapa kerja lain yang tidak bernama menyebabkan masa terluang Dell sangat suntuk. Jika ada pun, hanya sedikit bagi Dell menghabiskan masa tersebut untuk berehat seketika (fizikal dan minda) setelah melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan yang tinggi yang memakan masa berhari-hari.

Namun, kerinduan untuk menjengok blog ini tetap singgah di hati Dell. J

Pada 14 – 15 Disember 2013, Dell berpeluang menghadiri Bengkel Penulisan Novel yang dianjurkan oleh Tuan Zamri Mohamad (seorang penulis Bestseller). Banyak tips-tips yang Dell pelajari, malah pengetahuan baru yang diperolehi daripada Pn. Azzah Abdul Rahman (penulis novel) dan daripada Tuan Zamri Mohamad sendiri.

Saya adalah penulis yang disayangi Tuhan

Dell sangat bertuah kerana berpeluang berjumpa dengan Pn. Ain Maisarah (novelis bestseller) secara dekat di dalam bengkel tersebut. Tak sangka angan-angan Dell berjumpa dengan beliau termakbul di situ.

Bersama Pn. Azzah Abdul Rahman dan Pn. Ain Masarah

Para peserta pun bukan calang-calang orang, kebanyakannya berlatar belakang seorang penulis dan wartawan. Mereka sudah menulis banyak cerpen dan ada yang sedang menulis novel. Seperti biasa, Dell antara orang yang agak lambat menerbitkan penulisan seni kreatif ini berbanding mereka. Huhu.

Semasa sesi perbincangan me'reka' cerita melalui gambar yang diberikan

Para peserta - telatah mereka ketika di dalam bengkel menggeletek hati Dell

Buat masa ini, Dell telah berjaya menyiapkan draf sebanyak 12 bab dan mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut ilham yang datang nanti. Asalnya, draf itu untuk penulisan cerpen suatu ketika dulu tetapi Dr. Kamariah Kamariah dan Dr. Lim Swee Tin menyarankan ianya ditulis sebagai novel. Lama sungguh penulisan ini tertangguh dek kerana kurang ilmu. InsyaAllah, Dell akan menyiapkannya pada tahun ini.


Nota :


  • Alhamdulillah, buku pertama motivasi yang Dell jadi penulis kedua sudah siap 70 %. Penulis utama sedang menambah maklumat seperti yang Dell minta. Dell juga telah fikir beberapa bab yang perlu Dell tambah untuk bahagian Dell. Penulis utama turut memberitahu sudah ada maklumat untuk buku kedua hasil daripada cetusan idea Dell beberapa bulan yang lalu. Tidak sangka, beliau bersungguh. InsyaAllah, akan dilaksanakan.
  • Dell menerima tawaran untuk menyiapkan sebuah lagi buku motivasi sebagai penulis kedua (mungkin berkaitan dengan pelaburan hartanah). InsyaAllah, Dell akan berjumpa dengan beliau untuk perbincangan.
  • Dell sudah mendapat idea untuk menulis di ruangan bulletin yang pernah ditawarkan oleh seseorang sebelum ini. InsyaAllah, Dell akan menyiapkannya dalam masa terdekat ini.
  • Supervisor sudah suruh Dell bersiap sedia menulis jurnal akademik untuk penyelidikan kami bermula pada bulan ini.


Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan