Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Dugaan dalam kenikmatan



By  nurdilla zaini     Selasa, Januari 28, 2014    Labels:, 
Sudah lama Dell hendak mencoretkan isi hati di sini tetapi Dell mencari ketenangan dulu kerana waktu itu hati sungguh gundah gulana. Ada kisah yang terjadi pada 22 Januari 2014. Seharian Dell menitiskan air mata dan selama beberapa hari Dell berada dalam kerisauan. Maklumlah, ianya berkaitan dengan penyelidikan PhD Dell.

Sesungguhnya, Dia itu Maha Agung. Dia menduga Dell setelah diberi kenikmatan, tambahan waktu itu masa Dell tidak terlalu sibuk. Bayangkan jika Dia menduga Dell ketika Dell dalam kesempitan dan kesibukan. Sudah tentu Dell tidak mampu menanggungnya. 

Benarlah firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286 :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"

Dell juga bersyukur, di saat Dell diuji Dia telah menarik sahabat-sahabat dan orang-orang tertentu di sekeliling Dell untuk membantu Dell. Sehinggakan mereka sanggup menelefon Dell dalam tempoh yang lama untuk mententeramkan Dell walaupun jauh dan mereka sudi juga meluangkan masa mereka untuk Dell di kala Dell dalam kesedihan. Malu juga sebenarnya kerana Dell tidak dapat menahan esak ketika berbual dengan mereka.

Banyak ilham yang Dia turunkan kepada mereka itu untuk membantu Dell sehingga Dell terasa lega dengan cadangan mereka. Dell bersyukur penyelidikan tersebut telah capai tahap ketiga. Siapa sangka, waktu ini terkena musibah? Sementelah ramai rakan seperjuangan mengatakan Dell untung kerana semua perbelanjaan ditaja dan laju dalam buat penyelidikan. Tak sangka, bukan?

Perjalanan dalam menuntut ilmu bukan semudah yang disangkakan. Lagi tinggi sesuatu ilmu, semakin tinggi dugaannya yang kita tidak sangka di hadapan. Kadang-kadang, ianya bukan disebabkan daripada pihak kita tetapi pihak lain.

Teruskanlah memohon kepada-Nya, tanpa jemu tanpa tepu. Hanya Dia sahaja yang dapat membantu.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. salam ziarah.. kak dell,, bersabarlah.. insyaAllah ada sesuatu yg menunggu disebalik apa yg berlaku.. allah maha mengetahui kan.. yg pntg kuatkan smgt.. smoga kak dell sukses selalu. ! =)

    http://cartiecacloset.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cart, semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin... Terima kasih sudi singgah di blog Kak Dell :)

      Padam
  2. La hau la wa la hu wa ta illah billah hil azim...semoga semuanya dipermudahkan ya Dell

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... Semoga doa adosh diperkenankan... Terima kasih ya krn sudi singgah di blog Dell :)

      Padam