Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Ketulusan Hati



By  nurdilla zaini     Rabu, Januari 15, 2014    Labels: 
Sudah lama Dell ingin memperihalkan tentang ketulusan hati ini setelah beberapa kali Dell melihat ketidaktulusan hati seseorang itu dalam sesebuah perhubungan. Perhubungan di sini bukan bermaksud dalam ‘couple’ sahaja tetapi meliputi seluruh ruang lingkup perhubungan sesama insan.

Tahukah kita bahawa jika ada sekelumit ‘ketidaktulusan’ hati kita kepada seseorang, aura negatif itu akan dirembes secara kita tidak sedar. Dan sekiranya, orang yang dituju itu mempunyai deria keenam yang sangat tinggi, dia akan mengetahuinya. Deria keenam di sini termasuk gerak hati dan ilham yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Bersikap telus yang Dell maksudkan di sini bukanlah bermakna kita perlu menjadi seorang yang lurus bendul tetapi mempunyai sikap berterus-terang dan tiada agenda tersembunyi di sebalik sesuatu perkara.

Dell memang tabik kepada mereka yang jenis berterus-terang apabila Dell bertanyakan sesuatu. Dari sini Dell akan menilai sejauh mana ketulusan mereka terhadap sesuatu.

Secara tidak langsung, mudah untuk Dell berkongsi ilmu dan rezeki dengan mereka. Rezeki yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk peluang, bantuan atau apa-apa yang berkaitan.

Setiap insan di dunia ini telah ditentukan oleh Allah pintu rezekinya. Jika kita ikhlas, telus dan berusaha bersungguh-sungguh ke jalan yang diredhai, sudah pasti pintu rezekinya terbuka luas.

Justeru, jangan sekali-kali cuba MENCANTAS orang lain. Niat yang terdetik sahaja sudah cukup mengundang kemurkaan Tuhan, apatah lagi melakukannya. Ramai yang tidak sedar, sebenarnya Tuhan hendak memberi rezeki kita melalui orang yang kita hendak CANTAS itu.

Kelebihan yang Tuhan beri kepada setiap insan adalah DOA. Pilih antara dua, kita hendak menarik doa orang yang kita lakukan kebaikan kepadanya ATAU doa orang yang teraniaya dek kerana kita?

Jika kita percaya dengan rezeki Allah beri, insya-Allah tidak akan ada sikap CANTAS ini di dalam hidup kita.

Oleh itu, apa sahaja perkara yang ingin kita lakukan, haruslah ikhlas dan jujur. Insya-Allah, pintu rezeki akan terbuka luas dan  dipermudahkan oleh-Nya dengan tidak disangka-sangka.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan