Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Buku Pertama Dell bersama seorang Motivator



By  nurdilla zaini     Rabu, Mac 12, 2014    Labels:,, 
Alhamdulillah... Pada hari Jumaat lepas iaitu pada tanggal 7 Mac 2014, Dell bersama seorang motivator telah menandatangani perjanjian penerbitan buku dengan Syarikat Jootawan. Insya-Allah, buku kami yang bertajuk RAHSIA 100 IMPIAN: DARIPADA COROT MENJADI PAKAR akan diterbitkan pada bulan April ini. 

Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati Dell sepanjang menunggu keputusan penilaian manuskrip yang kami berikan kepada editor Jootawan tersebut. Impian kami untuk melihat buku tersebut diterbitkan pada tahun ini, tercapai.

Dell berasa sangat lega dengan berita ini kerana di sebalik itu, banyak cabaran dan dugaan Dell terpaksa tanggung sebagai seorang musafir ilmu, akhirnya impian Dell berjaya juga dilaksanakan dan termakbul. Semuanya atas kehendak-Nya. Syukur... Hampir-hampir hendak tumpah air mata ini.

Kata-kata sokongan oleh Tuan Zamri Mohamad di laman beliau

Tak sangka sudah ada yang ingin membeli buku kami

Perjalanan Dell sudah bermula sedikit demi sedikit. Kali ini, Dell berasa lebih berkeyakinan dan ingin bertambah maju ke depan berbanding sebelum ini. Banyak yang perlu diubah. Sudah terlalu lama Dell berada di zon selesa. Sokongan daripada mereka yang rapat, benar-benar meningkatkan semangat Dell. Insya-Allah.

Kad nama Dell sebagai salah seorang ahli di dalam Smarts Coach

Dell sangat menghargai mereka yang telah memberi peluang kepada Dell agar Dell dapat memajukan diri ke hadapan. Sesungguhnya, rezeki itu milik Allah, Allah sebenar-benar perancang, kita hanya berusaha. Semoga Allah memberkati kehidupan Dell dunia dan akhirat. Amin...

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Tahniah, saya ucapkan. Moga kelahiran buku pertama nanti akan menyemarakkan semangat saudari untuk terus menulis.

    P/S: Buku kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa saya terbitan ITBM telah pun terbit. Jika berminat boleh terus pesan daripada saya. Maklumat lanjut boleh ke blog saya. Sokongan kalian amat saya harapkan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tetamu Istimewa. Alhamdulillah. Kami sedang usahakan buku yang kedua, insya-Allah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. :)

      Padam