Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kursus Personal Branding for Trainers



By  nurdilla zaini     Isnin, Mac 31, 2014    Labels:,,,, 
Pada 21 Mac 2014 lalu, Dell menghadiri modul kedua dalam Program Advanced Train Trainer Pact (PACT) iaitu Personal Branding for Trainers bersama-sama Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad. 

Bersama-sama Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

Sudah lama Dell ingin mempelajari ilmu ini dan tidak sangka akan mempelajarinya melalui beliau. Beliau bertanya kepada Dell, apa impian Dell? Dell terus menjawab dengan tersengih-sengih, "Saya ingin menjadi penulis." 

Beliau meminta Dell membuat suatu trademark yang membuatkan apabila orang sebut sahaja 'itu', secara automatik mereka akan tahu 'ITU ADALAH DELL'. 

Adakah Dell berani membuat perubahan seperti motivator Dr. HM Tuah berpakaian terang seperti itu? Adakah Dell berani hendak memakai kasut sukan sepanjang masa seperti Pn. Ainon? Adakah Dell mahu menukar tudung yang dipakai seperti Prof. Dr. Zainon Ismail? atau sentiasa berwarna 'pink' seperti novelis Ain Maisarah?

Berkali-kali beliau mengatakan bahawa Dell kena berani membuat perubahan ke atas personaliti diri sama ada luaran atau dalaman untuk menjadi penulis yang berbeza dari penulis lain.

Dell masih mencari-cari KEUNIKAN yang sesuai untuk Dell guna pada masa kini sehingga ke akhir hayat Dell. Sudah ada beberapa senarai, masih memilih. Yalah, ianya bukan mudah seperti yang disangkakan.

Antara lain, beliau meminta kami semua 'google' nama sendiri di internet. Nama Dell antara yang beliau pilih sebagai testimoni. Mujur selepas beliau menaip 'Nurdilla Zaini' di Google Image, gambar Dell yang terpampang ialah Dell sedang menulis. Manakala di Google Search, nama 'Nurdilla Zaini' berada di beberapa halaman. Beliau kata, itu juga merupakan Branding.

Inilah gambarnya. Gambar kesukaan Dell.

Beliau meminta kami semua merekodkan perancangan kami bermula untuk setahun, lima tahun akan datang, sepuluh tahun akan datang dan seterusnya. Sebenarnya, Dell sudah merekodkan hal ini di dalam minda lama dulu. Alhamdulillah, sudah ada yang tercapai dan ada yang sedang mencapainya.


NOTA :
Tak sangka kemahiran Dell dalam penulisan ini diperlukan oleh orang-orang tertentu. Di dalam kursus tersebut, sudah ada yang ingin melamar Dell menjadi penulis kedua untuk bidang training-nya yang sudah mencapai puluhan tahun di dalam dan di luar negara. Beliau datang dekat Dell dan terus beri kadnya. Kebetulan, beliau merupakan kenalan rapat atok saudara Dell. Beliau baru tahu Dell hendak menjadi penulis ketika menjawab soalan Dr. Tengku Asmadi pada hari tersebut. Beliau turut offer, jika Dell memerlukan sebarang maklumat tentang sesuatu... hubungi sahaja beliau. Alhamdulillah... satu peluang yang sangat baik. :)


"Imagination is the beginning of creation. You imagine what you desire, you will what you imagine and at last, you create what you will" - George Bernard Shaw









Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Tahniah kak! Saya yakin kak akan menjumpainya nanti, insya-Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Izham. Amin... Tahniah juga kerana artikel-artikel kamu yang telah diterbitkan oleh Dewan Kosmik. Kan betul akk cakap sebelum ini, ianya ambil masa kerana perlu beratur untuk menerbitkannya. :)

      Padam