Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Makanan dan Minuman Rasulullah (S.A.W)



By  nurdilla zaini     Khamis, Mac 20, 2014    Labels:,,, 
Alhamdulillah... Sesungguhnya, Dia pemberi segala rezeki. Kebelakangan ini (bermula tahun lepas), Dell cukup suka makan daging kambing. Pada Dell, tekstur daging kambing lebih lembut daripada daging lembu. Jika boleh, mahunya hampir setiap hari Dell hendak makan 'lamb chop' atau kari kambing tapi tak bolehlah makan selalu. Tak terurai pula lemak nanti. Hihi...

Antara menu 'lamb chop' yang Dell suka makan

Ada yang mengatakan bahawa tak elok makan daging kambing. Dell tidak mempercayainya kerana inilah antara makanan rasulullah. Kita seharusnya makan apa yang rasulullah makan, bermakna makanan itu adalah sebaik-baik makanan untuk kita.

Ketika Dell berada di Seminar Metafizik Sains Penomboran (Advanced) bulan Januari lepas, Sifu Siddiq mengatakan bahawa Dell elok makan kambing untuk membaiki DNA. Beliau berkata sedemikian setelah melihat yang kesihatan Dell kurang memuaskan melalui tanda di bahagian mata Dell. Beliau kata makanan sunnah memperbaiki DNA kita manakala makanan kesihatan yang biasa itu hanya memperbaiki sel dalam badan kita.

Patutlah gerak batin Dell meminta Dell selalu makan daging kambing, sekurang-kurangnya seminggu sekali sebelum ini. Rupa-rupanya, badan Dell memerlukannya.

Hantu Kopi!

Dell juga sudah mula meninggalkan air nescafe. Dell lebih suka minum air kopi terutamanya Mocha. Setiap hari, Dell mesti minum kopi. Sekali-sekala, Dell minum air teh atau milo. Itupun, Dell sudah mula menggunakan 'brown sugar' atau madu sebagai pemanisnya. Siapa sangka, rasulullah juga minat minum kopi.

Kopi Halia

Atas nasihat ibu angkat Dell, opah meminta Dell mengamalkan minum air halia untuk membuang angin dalam badan... akhirnya, Dell membeli Kopi Yusmira Halia Bara. Maklumlah, Dell malas nak meracik halia untuk dibuat minuman. Dah alang-alang Dell suka minum kopi, jadi Dell pun beli jenama ini untuk minuman harian di rumah.

Susu kambing bersama kurma dan madu

Satu lagi, Dell selalu ada masalah di perut. Tanda-tanda awal gastrik. Jadi, bermula awal bulan ini, Dell sudah mula mengamalkan minum susu kambing setiap pagi. Tak sangka susu kambing ini lebih sedap berbanding susu lembu. Sebelum ini, Dell pernah cuba mengamalkan minum susu segar (susu lembu) tapi tak lalu. Rasa loya. Sangat berbeza dengan susu kambing seperti rasa ketagih pula. Kucing Dell iaitu si Kimmy juga tumpang minum sedikit. Pantang hidung dia terbau susu kambing yang Dell sedang bancuh, dia pun sibuk minta.

Jus buah delima

Ketika negara kita dilanda kemarau baru-baru ini, tekak mudah terasa dahaga. Puas Dell fikir, minuman jus apa yang elok untuk kesihatan. Jemu juga asyik minum air kodial laici, mangga, anggur dan oren. Ditakdirkan ketika Dell sedang makan 'lamb chop' di restoren kegemaran berdekatan dengan rumah, ada penjual sedang promosi minuman Jus Buah Delima. Kedainya baru buka bersebelahan dengan restoren itu. Apalagi, Dell pun beli. Nak makan buah delima, Dell kurang suka sebab ada rasa masam. Minum airnya pada Dell sudah memadai.


Rutin minuman harian Dell : Pagi (susu kambing), tengahari (jus delima) dan petang atau malam (kopi).


Dell dapat merasakan satu kelainan di dalam diri setelah mengamalkan beberapa makanan dan minuman sunnah ini. Pada Dell, jika niat kita baik untuk menjaga pemakanan sunnah ini akan ada rezeki untuk itu walaupun makanan sunnah ini mahal harganya. 

Pengalaman Dell, setiap kali Dell hendak membeli makanan atau minuman sunnah ini... ada sahaja rezeki yang tak disangka-sangka datang seperti mendapat diskaun yang banyak walaupun tidak diminta atau dapat duit di atas angin (orang belanja). Oleh itu, hendaklah kita tidak putus-putus bersyukur atas nikmat yang diberi. Jika niat itu baik dan benar, percayalah Dia Maha Pemberi.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan