Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bersama Dr. Lim Swee Tin



By  nurdilla zaini     Isnin, Ogos 05, 2013    Labels:, 

Bertemu dengan Dr Lim Swee Tin dan isterinya...

Alhamdulillah... Setelah beberapa minggu mengadakan temujanji, akhirnya kami dapat bertemu. Dell terasa sangat lega setelah bertemu dengan beliau, banyak ilmu yang Dell dapati dari hasil perbincangan kami. Beliau merupakan pakar bidang untuk rujukan puisi tradisional dalam projek penyelidikan Dell.

Sebelum ini, Dell telah bertemu dengan pakar bidang untuk multimedia tetapi projek penyelidikan Dell tertangguh kerana menunggu pertemuan dengan pakar rujuk puisi tradisional. 

Setelah memahami keperluan kedua-dua belah pihak, Dell sudah boleh memulakan tindakan seterusnya tanpa ragu-ragu. :)


Nota :
Perbincangan kami kerap terganggu dek kerana peminat beliau yang asyik menyapa beliau. Apabila difikirkan semula, tidak sangka yang Dell berpeluang duduk semeja dengan beliau sejak bekerja di UPM beberapa tahun lepas. Mana taknya ketika Dell bersekolah menengah dulu, Dell hanya melihat beliau di kaca televisyen. 

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah kak!

    Saya pun tak sangka kak akan berjumpa dengan tokoh hebat ini. Saya teringin berguru dengannya. Tetapi apakan daya, hanya sempat berguru melalui buku beliau sahaja. Kak memang beruntung.

    Semoga apa yang kak rancang dipermudah dan dilancarkan oleh Allah SWT.

    p/s: Terima kasih atas teguran di blog itu. Saya amat menghargainya. (y)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Sebelum ini kami selalu berurusan berkenaan kerja di pejabat sahaja. Kali ini berpeluang untuk menemuramah beliau sebagai pakar bidang.

      Padam
  2. Sebenarnya, saya nak tinggalkan komen di sini hari tu tapi blog saya ada masalah sikit. Sekarang dah selesai.

    Wah, mesti seronokkan dapat berbicara dengen Dr Lim. Sewaktu mengikuti kuliah dengannya dulu sangat mengujakan saya.

    Saya dengar kata daripada-Wong, beliau dah bersara dari UPM?

    Moga, segala tugasan ini berjalan dengan lancar ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya berpeluang mengenali beliau dengan lebih dekat ketika saya bertugas di Seksyen Penyelidikan dan Inovasi, FBMK (2008-2012). Secara kebetulan kami berdua tamat perkhidmatan di UPM selepas raya pada tahun lepas. Beliau merupakan seorang yang tidak kedekut ilmu.

      Padam