Uncle Joe dan Achik Lina |
Pada petang hari raya pertama, Dell berkesempatan singgah beraya di rumah atok saudara Dell ini. Rumahnya tak jauh dari rumah Dell. Mesti ada yang tertanya-tanya, mengapa panggil atok saudara dengan panggilan uncle dan achik? Sebenarnya, umur mereka ini tak jauh beza dengan mama Dell. Kalau panggil atok, terasa pula tua, kan? Hehehe...
Inilah ketupat periuk kera... |
Rezeki Dell bertandang di rumah mereka pada hari itu, kebetulan anaknya yang sulung pulang pada petang tersebut. Mereka membawa juadah dari rumah mak mertua. Ikutkan mereka kata nak pulang pada hari raya kedua. Dapatlah Dell merasa ketupat ini. Selama ini hanya melihatnya di kaca televisyen. Susah nak jumpa ketupat ini.
Ketupat ini diperbuat daripada pulut. Rasanya lebih sedap daripada lemang. Lembut dan tidak padat sangat. Dimakan pula dengan rendang daging. Pergh, memang meletup!
Selesai makan menu yang berat-berat, Dell merasa biskut raya pula. Kali ini, Dell merasa makan biskut Bangkit Keju. Maklumlah, kali pertama jumpa biskut ini.
Rasanya memang jauh berbeza dengan biskut bangkit biasa. Lembut dan rapuh. Paling tidak, rasanya sangat creamy... Jakon sekejap. Hehehe...
Selesai makan menu yang berat-berat, Dell merasa biskut raya pula. Kali ini, Dell merasa makan biskut Bangkit Keju. Maklumlah, kali pertama jumpa biskut ini.
Biskut Bangkit Keju... |
ketupat periuk kera? dimasak gune periuk kera kan? bukan ke periuk kera dikatekan beracun? hehehe maaf cx bertanya :) kalo kakdell nk jwb, kakdell tglkn jwpn dkt shoutbox cx ye. betol2 nk tau jwpn ni. heheh
BalasPadamYa, betul tu! Khabarnya sebelum digunakan untuk memasak, periuk kera itu perlu dibasuh sehingga bersih. Cara membasuhnya tidaklah pula diketahui. Susah nak jumpa periuk kera ini, saudara tu beli dengan orang asli. Harganya pun mahal. :)
Padamoh really kakdell? orite. so how about the taste? msti sdp. hehehe. dulu selalu jmpe periuk kera but now.... jgn harap. haaha
BalasPadamPada saya sedap lagi ketupat periuk kera berbanding lemang sebab pulutnya lembut dan tak padat. Tapi harga satu periuk kera pun dah mahal... Org asli pun dah pandai naikkan harga.... Huhu...
Padam