Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Pesta Buku Antarabangsa 2014 : Kisah buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot kepada Pakar'



By  Kakdell     Rabu, Mei 07, 2014    Labels:,,, 
Pesta Buku Antarabangsa 2014 pada kali ini merupakan hari yang bersejarah bagi Dell. Jika tahun-tahun sebelum ini, Dell datang ke pesta buku seperti ini sebagai seorang pembaca... tetapi tahun ini, Dell hadir sebagai seorang Penulis Buku. Alhamdulillah di atas peluang dan rezeki yang Allah turunkan kepada Dell. Buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot kepada Pakar' sempat diterbitkan dan dipromosikan ketika Pesta Buku Antarabangsa sedang berlangsung di PWTC.

Bersama-sama penulis pertama, Sir Noordin Khalid. Dell sebagai penulis kedua buku ini.
Inilah antara impian Dell setiap kali membelek buku motivasi sebelum ini. Asalnya, Dell hendak menulis buku motivasi setelah tamat pengajian PhD nanti (berkisarkan pengalaman Dell selama ini), namun perancangan Allah melebihi segala-galanya. Dell menjadi penulis lebih awal.

Bersama-sama Sir Noordin Khalid, Tuan Ammar Zahar (Pakar Perniagaan Internet - CEO Jootawan) dan Tuan Aqif Azizan (sifu Copywriter)

Ada beberapa 'master trainer' yang ingin menjadikan Dell sebagai penulis kedua tetapi memandangkan Dell masih dalam pengajian, masa agak terbatas. Dan Dell perlu mengutamakan orang yang pertama memberi kepercayaan kepada Dell dan mengikut giliran siapa seterusnya.

Kejutan budaya berlaku apabila sudah ada yang menegur Dell di booth lain, meminta autograf malah bergambar. Terasa segan sebenarnya. Antara gambar yang Dell dapat kongsikan di sini.

Pembaca buku 'Rahsia 100 Impian' dari MRSM Perak.

Terharu dengan rakan-rakan penulis yang menyokong dan membeli buku 'Rahsia 100 Impian', antaranya Pn. Mazura Stapah.

Turunkan autograf di Dewan Inspirasi Smarts Coach, Rawang.

Turunkan autograf di booth lain di PWTC.
Dell berasa amat teruja apabila Mentor Penulisan Dell iaitu Tuan Zamri Mohamad sudi datang ke booth Jootawan untuk memiliki buku ini. Antara kata-kata beliau ialah (dalam gambar) ;

Ucapan tahniah daripada Tuan Zamri Mohamad.

Ada juga yang ingin mendapatkan khidmat nasihat Dell untuk buku mereka pada masa akan datang. Dell kenal dengan empunya syarikat ini ketika bersua di majlis konvokesyen UPM pada tahun lepas.

Salah seorang Alumni penulisan.com.

Kerjasama daripada tim Smarts Coach dalam mempromosikan buku 'Rahsia 100 Impian' di Pesta Buku Antarabangsa ketika sesi bersama penulis (Sir Noordin dan Dell) berlangsung pada 3 Mei, amat Dell hargai. Jauh mereka datang untuk memberi sokongan kepada kami.

Tim Smarts Coach serta rakan-rakan yang datang memberi sokongan.

Kehijau-hijauan tim Smarts Coach pada hari itu. Berlawan dengan warna oren Jootawan. Hihi. Kebetulan seminggu sebelum baju ini siap, salah seorang sahabat lama Dell menghadiahkan sehelai tudung bawal berwarna hijau kepada Dell. Sesuai dipadankan dengan baju ini jika dipakai nanti.

Baju untuk promosi buku 'Rahsia 100 Impian'. 
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak 'ad-hoc'. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi mendapatkan buku ini melalui kami mahupun pos laju. Didoakan pengisian di dalam buku ini memberi manfaat kepada semua. Insya-Allah, akan muncul buku-buku lain selepas ini. Semoga diriku menjadi 'Penulis yang disayangi Tuhan'. Amin.

Gambar 2 (klik) ---> Pembaca Buku "Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar"                              

Nota:
Judul buku: Rahsia 100 Impian | Daripada Corot Menjadi Pakar
Penulis: Noordin Khalid | Nurdilla Zaini
Harga: RM34.90 (tidak termasuk harga pos)
Untuk tempahan, sila hubungi saya di talian 012-2536918 atau email n_dilla_82@yahoo.com

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan