Alhamdulillah, akhirnya cerpen muzikal sulung Dell telah sempurna. Bukan mudah untuk menulis cerpen atau novel ini. Banyak teknik yang perlu kita tahu seperti 'Teknik Surah Yusof', bentuk sureal 'Show don't tell' dan lain-lain lagi. Bertuah bagi sesiapa yang mempelajari seni penulisan kreatif sebagai salah satu subjek di universiti. Tidak seperti Dell. Dell perlu menghadiri bengkel dan kursus penulisan di luar sebagai inisiatif sendiri untuk berkarya.
Bersama-sama mentor Penulisan, Pn. Azzah AR serta rakan-rakan penulis di PBAKL 2014. |
CERMUZ - Cerita Pendek Muzikal. |
Beberapa kali Dell betulkan penulisan cerpen ini. Sebab Dell banyak menulis dengan ayat berbentuk naratif. Dell perlu banyak menterjemahkannya dalam bentuk dialog. Dell sanggup bersusah-payah untuk menjayakan penulisan ini. Bukan senang hendak menerbitkan sesebuah karya jika tidak ada yang percaya dengan karya kita.
Terharu dengan komen yang membina daripada rakan-rakan penulis. |
Insya-Allah, bulan Jun ini Dell akan ke Bengkel Penulisan Kreatif oleh Dr. Lim Swee Tin dan Konvensyen Penulisan 2014. Dua tarikh ini penting di dalam diari Dell.
Antara bengkel penulisan yang Dell pernah hadiri dalam masa setahun ini ialah :
Setiap penulisan caranya berbeza untuk artikel akhbar, buku motivasi, travelog, cerpen, novel, skrip drama dan lain-lain. Yang penting, ia perlu lahir dari hati. Jangan terkejut, jika Dell katakan yang Dell turut menangis ketika menulis sesebuah cerita kerana menghayatinya. :)
NOTA :
Hari ini, Dell belek-belek buku. Suka dengan isi kandungannya. Akhirnya, Dell membeli buku ini.
'I want to be a writer'. |
Dell tertarik dengan cara penulis ini membicarakan tentang perihal kehidupannya sehingga menjadi seorang penulis yang berjaya. Dalam buku ini juga diterangkan tip-tip penulisan cerpen dan skrip drama. Insya-Allah, suatu hari nanti Dell akan cuba menulis skrip drama pula. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan