Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bengkel Asas Penulisan Rencana



By  Kakdell     Isnin, Jun 17, 2013    Labels:,,, 


Hari Sabtu lepas, Dell menghadiri Bengkel Asas Penulisan Rencana oleh Tuan Zamri Mohamad di FINE Academy, Wangsa Maju, KL. Dell tidak sangka mendapat peluang untuk bertemu dengan penulis 'Best Seller' ini. Ikutkan Dell memang tidak tahu tentang bengkel ini tetapi salah seorang sahabat Dell (seorang blogger juga) telah mengajak Dell ke bengkel ini.

Terlalu banyak tips dan ilmu baru tentang dunia penulisan, Dell pelajari di sini. Penampilan Tuan Zamri yang sederhana serta menjadi seorang 'trainer' bukan sebagai 'penceramah', banyak membantu kami yang masih baru di dalam dunia penulisan ini. 

Bilangan peserta yang menghadiri bengkel ini tidak sampai 20 orang. Dan mereka semuanya bukan calang-calang orang. Ada doktor perubatan, CEO syarikat, pensyarah universiti, jurutera Petronas dan lain-lain jawatan berstatus tinggi. Terasa diri ini sangat kerdil berbanding mereka. 

Memang tidak dinafikan, Dell ada bercita-cita untuk menulis artikel di majalah dan buku sama ada berbentuk ilmiah mahupun kreatif. Tetapi Dell kekurangan skil yang diperlukan. 

Dell bersyukur kerana Tuan Zamri meletakkan kami di dalam alumni dan akan berterusan berhubung untuk menerbitkan penulisan kami. Artikel yang kami tulis ketika di dalam bengkel akan disemak oleh beliau satu persatu dan beliau akan memberi komen yang membina.

Semoga ini merupakan tapak untuk kami berkarya di landasan yang betul dan berterusan. Amin... 

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

6 ulasan:

  1. Sama-sama berusaha kak! Saya yakin kak ada banyak idea juga ingin dikongsi bersama di media perdana.

    BalasPadam
  2. Amin. InsyaAllah... Semoga apa yang diimpikan berjaya. :)

    BalasPadam
  3. Wah, hebat. Moga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan untuk terus menulis.

    BalasPadam
  4. Terima kasih Tetamu Istimewa, mudah-mudahan, amin.... :)

    BalasPadam
  5. semoga lebih mantap penulisan lepas nie....

    BalasPadam
  6. Amin... Terima kasih Remy... :)

    BalasPadam