Kebelakangan ini, setiap kali Dell membuka tv untuk mendengar ceramah agama atau motivasi... isi kandungannya akan berkait dengan kematian. Itu belum lagi, Dell mendapat berita beberapa kematian dalam masa terdekat ini. Benar, kita tidak akan tahu bila tarikh kematian kita.
Kata-kata Ustaz Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz kadang-kala terngiang-ngiang di telinga Dell. Ada cerita-cerita kematian yang disebutkan oleh beliau membuatkan Dell tersenyum membayangkan alangkah indahnya jika Dell meninggal dengan cara sebegitu.
~Sesungguhnya aku tidak layak masuk ke syurga-Mu namun aku tidak sanggup masuk ke api Neraka-Mu~
*Teringat nasihat yang diberikan oleh orang-orang disekeliling Dell sejak dua menjak nie*
Situasi A
Makcik Munah : Dilla nak bawa kereta nanti, bawa slow-slow tau. Biar lambat asal selamat. Sebelum pandu kereta tu ingat mula-mula Mengucap dahulu... takut-takut seandainya kita meninggal secara mengejut di dalam perjalanan, kita meninggal dalam keadaan Islam. Selepas itu, baca Al-Fatihah dan selawat banyak-banyak. Ingat tau!
Dell : Baik, cik... Insya-Allah...
Situasi B
Ustaz : Awak banyak-banyak amalkan selawat dan istighfar... mudah-mudahan dosa kita terampun dan Allah bukakan segala pintu rezeki untuk awak. Apa yang terjadi, awak kena sabar dan redha. Makam redha itu paling tinggi daripada makam sabar. Seandainya, awak meninggal ketika dalam keadaan teraniaya, sesungguhnya dosa-dosa awak akan ditanggung oleh orang yang menganiaya awak tu. Sesungguhnya, Allah Maha Adil ke atas hamba-hamba-Nya. Maka, berserahlah kepada-Nya.
Dell: Insya-Allah, ustaz...
Situasi C
Pakcik A : Pakcik harap awak dapat amalkan dengan istiqamah selawat nabi nie dengan tertib dan berterusan. Dunia sudah akhir zaman, bukan semua insan dapat mengamalkan selawat dan istighfar dengan istiqamah dan berterusan. Mudah-mudahan dengan amalan ini hijab awak akan terbuka... Insya-Allah, awak akan lebih mudah memahami sesuatu ilmu terutama ilmu Allah. Ini sahaja ilmu yang pakcik dapat turunkan.
Dell: Insya-Allah, pakcik...
Kadang-kadang, Dell perasan yang kita selalu terlupa untuk amalkan sesuatu yang mudah secara istiqamah dan berterusan sedangkan ganjaran yang dijanjikan oleh Tuhan amat besar jika kita melakukannya. Selawat dan istighfar merupakan zikir yang paling mudah untuk dilakukan. Namun, kita selalu terleka dan mulut kita terlalu asyik dengan hiburan semata-mata. Kita boleh menyanyi setiap hari tetapi untuk berselawat dan beristighfar?
Dell pun bukan sesempurna insan, tetapi sedang berusaha memperbaiki kekurangan diri. Mudah-mudahan, Allah beri Dell petunjuk dan menetapkan keimanan Dell. Amin... :)
Dell pun bukan sesempurna insan, tetapi sedang berusaha memperbaiki kekurangan diri. Mudah-mudahan, Allah beri Dell petunjuk dan menetapkan keimanan Dell. Amin... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan