Hari Jumaat lepas, Dell berpeluang mengikuti Bengkel Tulis Tesis Cepat dan Mendeley di Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM. Bengkel bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Bengkel dikendalikan oleh Dr. Othman Talib atau nama glamournya Dr. OT. Dell mengenali beliau melalui laman blog beliau iaitu www.drotspss.blogspot.com. Dell sangat tertarik dengan pelbagai teknik dan idea efisyen dalam penulisan tesis yang beliau perkenalkan iaitu RFOT (Research Template of Thesis), OFOT (One File One Thesis), ZDOT (Zero Draft of Thesis), KOT (Keep on Track) dan SROT (Speed Reading on Target). Memang Dell rasa sangat berbaloi menghadiri bengkel yang singkat ini!
Bersama Dr. OT. Sporting Dr. nie. Ketika bengkel lagi, kami semua jadi teruja nak menyiapkan tesis masing-masing dengan cepat. Kami menjadi ghairah dan tak sabar nak mencari bahan-bahan untuk menulis tesis!
Antara peserta bengkel yang membeli buku-buku beliau. Kami terpaksa mengikutnya ke fakulti kerana buku yang di bawa di perpustakaan tidak cukup untuk kami.
Tu dia buku yang Dell beli. Berharga RM85 sebuah. Dell lebih berminat beli buku dari e-book walaupun harganya lebih mahal.
Insya-Allah, Dell akan mengikuti bengkel beliau yang lain pula untuk mempelajari teknik yang lain.
NOTA :
Dell rasa sangat bertuah dilorongkan ke bengkel ini kerana secara kebetulan Dr. OT mempunyai minat yang mendalam dalam penyelidikan Pendidikan Kimia dan Animasi sehingga telah memenangi beberapa pingat di pertandingan PRPI, ITEX dan MTE. Beberapa artikel yang beliau persembahkan sebagai contoh di dalam bengkel rupa-rupanya ada berkait dengan penyelidikan PhD Dell. Dapat Dell beberapa buah artikel secara percuma malah mana tahu suatu hari nanti Dell akan berjumpa dengan beliau sendiri untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki berkaitan dengan tesis Dell. Terima kasih kepada sahabat Dell yang mempelawa Dell mengikuti bengkel ini.
Saya suka kata-kata beliau, "sambung peringkat sarjana ini adalah satu anugerah." Saya tidak pernah terfikir tentang itu. Pada awalnya saya terasa ingin berhenti sarjana atas beberapa sebab. Tetapi alhamdulillah, menghadiri bengkel ini membuka semula laluan semangat saya ini.
BalasPadamJangan putus asa. Adalah perkara biasa menjadi seorang pelajar ni banyak dugaannya terutama bagi pelajar PhD. Saya ketika di dalam pengajian Master dulu banyak juga dugaannya memandangkan saya bekerja sambil belajar. Dengan urusan pejabat yang waktu itu sibuk dengan Audit yang pelbagai seperti Audit RU dan Audit ISO untuk menjaga KPI fakulti untuk universiti. Balik kerja otak dah terlalu penat untuk melihat buku dan bahan-bahan rujukan untuk belajar dan menulis. Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi alhamdulillah, saya dapat siapkan Master saya itu.
BalasPadamJazakallah kak atas nasihat itu. Saya memang memerlukannya. (y)
Padam