Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bengkel Train The Trainer (TTT)



By  Kakdell     Khamis, Jun 20, 2013    Labels:,,, 
Selasa, 18 Jun 2013 - Dell telah menghadiri Bengkel Train The Trainer (TTT) di Fazilah Kamsah Akademi (FKA) mewakili Smarts Coach atas pelawaan Sir Noordin Khalid. Cikgu Abu Barzah juga turut terlibat di dalam bengkel ini.

Bengkel ini dikendalikan oleh Master Trainer Tn. Hj. Tajodin Hj. Sanusi di bawah anjuran FKA. Seramai 12 orang peserta menyertai bengkel ini. Kelainan bengkel ini ialah pembelajaran kami berbentuk permainan iaitu 'Board Game'. Bukan main saja-saja tau! Ini permainan berbentuk 'Management Games'.

Bukan calang-calang peserta yang hadir ini. Semuanya konsultan berpengalaman kecuali Dell. Huhu.

Permainan pertama diberi nama Puteri Gunung Ledang. Dan pemenangnya adalah Kumpulan 1 iaitu Merong Mahawangsa. Dell mencadangkan nama ini kerana pada Dell ianya sesuai dengan kekuatan burung klasik ini dalam sejarah Melayu. 

Kami berjaya mengumpul 11 harta karun di dalam permainan ini dan pengurangan penggunaan duit belanja turut memainkan faktor kemenangan kami. Yehaaa!

Manakala dalam permainan kedua iaitu Menakluk Benua, Dell telah berjaya memenangi permainan ini! Permainan ini berbentuk individu. Seramai 4 orang peserta bertarung di dalam satu kumpulan.

"Beranilah korang nak bom aku, aku ada bom nuklear!" kata Dell. Geram tengok mereka seboleh-boleh nak serang benua yang Dell takluk. Ketiga-tiga berkomplot pula tu. Hish, geram betul Dell! Apa-apa pun, Dell gembira sebab berjaya kalahkan mereka. Hahaha!

Kami semua terhibur dengan bengkel ini. Macam-macam kerenah mereka ni. Tak percaya? Tengok gambar di bawah.
Amboi, konsultan seorang ini! Mentang-mentanglah bermain ala-ala zaman Melayu Klasik. 
En. Muhammad Syakir, anak DMFK. Merasa berlawan dengan dia ini dalam permainan kedua. Kehkehkeh..

Tu diaaa.... Hulubalang-hulubalang dalam permainan Puteri Gunung Ledang.

Ehem... Ehem... Dell pun nak merasa juga bergambar 
dengan Penggawa Puteri Gunung Ledang ni! 
Selepas tamat bengkel, kami bersantai-santai dan bertukar-tukar pendapat serta idea sesama konsultan.

Apa-apa pun ini antara Bengkel Pengurusan yang terbaik Dell pernah sertai. Kesannya mendalam dan ilmu yang hendak disampaikan mudah difahami. Tambahan, Dell memang suka main apa-apa bentuk permainan. 

Penganjur ada mengatakan bahawa akan ada bengkel susulan selepas ini untuk kami semua dan akan diadakan kumpulan alumni untuk kami. Ini memudahkan kami bertukar-tukar informasi nanti. Tak sabar rasanya untuk menyertai bengkel seperti ini lagi. Woha!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

3 ulasan:

  1. Salam kak Dell, sy teringin untuk ikut serta dlm bengkel ini. Harap blh bagi penerangan. Nama yusa hp 0124885242. Tk

    BalasPadam
  2. menarik sangat...remy pun suka xtvt macam nie.....

    BalasPadam
  3. @saharah
    Sebenarnya bengkel yang saya hadiri ini bersifat in house. Saya mewakili Smarts Coach yang merupakan sub di bawah FKA. Mungkin puan boleh berhubung dengan pihak FKA sendiri di http://www.fadzilahkamsah.com/contact.html.

    @remy
    Ini adalah bengkel pengurusan yang terbaik saya pernah hadiri. :)

    BalasPadam