Contoh cara Dell gambarkan keseluruhan topik yang berkenaan. |
Setelah tiga minggu Dell mengajar Bahasa Kebangsaan A, Dell terasa yang sel-sel otak semakin aktif dan spontan. Almaklumlah sudah lama Dell tinggalkan profesion sebagai tutor mengajar subjek untuk pelajar peringkat universiti atau kolej. Kali terakhir Dell mengajar subjek-subjek MQA untuk salah sebuah institut swasta adalah pada tahun 2008. Selepas itu, Dell hanya mengajar home tuition ataupun di pusat tuisyen.
Mengajar di sebuah universiti swasta yang agak kukuh ini memerlukan banyak persiapan. Dell perlu menyediakan Justifikasi Kursus, Nota, Teaching Manual, Soalan Kuiz, Ujian, Peperiksaan dan juga skema pemarkahan.
Bukan mudah untuk memberi pemahaman kepada pelajar yang agak lemah dalam subjek bahasa Melayu. Mereka hanya berbahasa Melayu dengan Dell sahaja. Dan Dell perlu menghabiskan pengajaran setiap satu bab dalam masa 6 jam sahaja seminggu. Kami berjumpa hanya 7 minggu sahaja. Sukatan pelajaran dan topik, Dell perlu mengikut apa yang telah ditetapkan oleh MQA.
Alhamdulillah, Dell berjaya menguruskan masa pengajaran itu. Dell mengajar bukan sahaja menggunakan kaedah Peta Minda tetapi Dell juga menggunakan kemudahan internet untuk memudahkan mereka memahami sesuatu. Sama ada gambar, video, blog dan sebagainya. Malah, Dell turut menubuhkan satu grup facebook khas untuk mereka supaya kami semua mudah berkomunikasi selepas tamat waktu kelas.
Buat masa ini, Dell baru sahaja selesai menyiapkan soalan untuk kuiz dan ujian. Tinggal soalan untuk peperiksaan yang perlu dihantar selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
Nota :
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Pekerjaan yang diberikan kepada Dell ini membantu sel-sel otak Dell semakin pantas berfikir. Keadaan ini turut membantu Dell dalam menyiapkan penulisan tesis Dell. Benarlah, semuanya rahsia-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan