Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Tekan-tekan cari kerja



By  Kakdell     Khamis, Januari 29, 2015    Labels: 
Bermula pada bulan Disember 2014 lagi, Dell sudah mula mencari kerja kosong. Merisik-risik daripada kenalan rapat jika ada. Yalah, tanpa disedari sudah dua tahun Dell menjadi pelajar sepenuh masa kerana mendapat biasiswa sambung pengajian. Biasiswa pun sudah hampir tamat, manakala pengajian agak lewat sedikit habis kerana terlari sedikit dari perancangan asal. 

Pada bulan Disember 2014 jugalah Dell sudah mula mengemas kini resume yang sudah lama terbiar. Fail pun tidak bersusun. Rezeki Dell mendapat panggilan temuduga di salah sebuah universiti swasta atas rekomen seorang kenalan. Dan alhamdulillah, Dell diberi peluang menjadi pensyarah sambilan mengajar subjek Bahasa Kebangsaan A

Bulan ini pula, Dell sudah mula mengisi borang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) dan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia) atas nasihat seorang kawan. Sudah lama Dell tidak menjengok laman-laman ini. Terasa lega setelah mengisinya. Bukan itu sahaja, Dell juga sudah mula mengemas kini Linkedin. 

Dell ada juga merisik-risik laman web setiap universiti dan kolej swasta. Tidak salah mencuba, kan? Sejak Dell bekerja di sektor swasta ini, Dell menjadi semakin berani untuk mencuba. Sebelum ini, Dell hanya fokus kerja di sektor awam sahaja. Dell juga sudah bersedia untuk berhijrah ke negeri lain sekiranya tempat itu tertulis rezeki Dell.

Cita-cita Dell sangat besar sebenarnya tetapi untuk bermula, Dell memerlukan satu tapak terlebih dahulu. Insya-Allah, jika diizinkan tuhan serta redha dan doa dari semua... mudah-mudahan ia tercapai. Amin...

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Semoga berjaya Kak Dell. Dah isi banyak tempat tu confirm akan ada yang tersangkut la. I wish you all the best! :)

    BalasPadam
  2. all the best KD :) was here malam Sabtu yang hening..lah sangat hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi menjengok blog Kak Dell pada malam sabtu yang hening ni... hehehe... amin... :)

      Padam