Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Lepaskan Peluang?



By  nurdilla zaini     Sabtu, Februari 01, 2014    Labels:, 
Alhamdulillah dalam beberapa bulan ini, Dell telah mendapat pelbagai peluang untuk meningkatkan diri dan pengalaman Namun, ada juga peluang tersebut Dell terpaksa lepaskan kepada orang lain kerana takut tidak boleh komitmen setelah bersetuju.

Bukan bermaksud Dell akan rugi kerana melepaskan peluang tersebut, tetapi Dell tidak berani hendak tamak hanya kerana duit. Pendapatan kerja yang Dell lakukan sekarang ini pun telah melebihi pendapatan Dell mengajar home tuition sebelum ini. Boleh diumpamakan seolah-olah Dell perlu mengajar home tuition melebihi 4 buah keluarga untuk mendapat pendapatan seperti ini. 

Kebetulan pengalaman bekerja bersama mereka ini, ada kena mengena dengan dunia Dell juga dan matlamat jangka panjang. Dell hanya mengikut flow yang ada di depan mata dan memilih mana satu yang sesuai.

Sementelah, kini Dell sudah mula menulis tesis dan melengkapkan perisian yang telah dibina. Banyak yang perlu dilakukan. Itu belum lagi penulisan jurnal yang Dell perlu terbitkan sebagai syarat bergraduat. Dell bersyukur ada sahabat-sahabat yang sudi membantu dalam mencari maklumat.

Dell target bulan Februari ini, banyak perkara dapat diselesaikan dengan mudah dan seperti yang dirancang. 

Nota:
Kelmarin Dell dipelawa untuk mengajar seorang pegawai duta Perancis di Malaysia. Beliau ingin mencari guru bahasa untuk mengajarnya Bahasa Melayu selama 4 bulan di Putrajaya. Beliau hendakkan pengajar perempuan sahaja yang boleh mengajarnya sekurang-kurangnya 3 kali seminggu pada waktu pagi. Malangnya, Dell terpaksa menolak kerana sudah ada komitmen lain. Dell akan cuba memberi peluang ini kepada rakan yang lain pula. Masih mencari.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Maaf kak. Saya silap bagi info. Dia bukan duta, tetapi yang bekerja di syarikat Perancis, dan dia orang Perancis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ye ke? Tidak mengapa. Kawan akk tadi tu kebetulan memang berkahwin dengan pemain bola sepak (orang luar negara), jadi dia ada pengalaman berkomunikasi dengan orang luar.

      Padam