Mulakan segala-galanya dengan Bismillah... |
Semalam Dell meluangkan masa berjalan-jalan di Alamanda selepas Dell bertugas di INTI University. Saja jalan-jalan. Ikutkan Dell hendak mencari kasut atau sandal dan Dell hendak melihat model kamera digital.
Sedang Dell melayani perasaan 'window shopping', tiba-tiba telefon bimbit Dell berbunyi. Rupa-rupanya ada sms yang diterima, berbunyi 'Salam Dilla, esok saya ada temuduga. Doakan saya berjaya ya'.
Saya membalas, 'Insya-Allah Dr, semoga berjaya! :)'
Terharu dibuatnya kerana seorang pensyarah (lebih tepat lagi guru Dell), meminta Dell mendoakannya. Ini bukan kali pertama Dell menerima sms atau panggilan sebegini.
Dell terharu kerana mereka mempercayai Dell. Biasanya kita sebagai anak didik yang selalu meminta sifu mendoakan kita, apabila sifu meminta anak didik mendoakannya, menunjukkan kepercayaan mereka terhadap kita.
Dell bersyukur di atas kepercayaan yang diberi. Semoga segala-galanya dipermudahkan oleh-Nya.
Seandainya suatu hati nanti, Dell sudah memegang gelaran Doktor dan menjawat jawatan yang sama dengan mereka... Mereka tetap SIFU Dell. Kena hormati. Tanpa didikan mereka, sukar untuk kita melangkah.
Dah lama saya tak pergi Alamanda. Dulu sewaktu belajar di UPM, selalu juga pergi.
BalasPadamOh, apabila mendapat kepercayaan begitu sudah pastilah diri ini menganggap kita sangat dihargai.
Benar tu, tetamu istimewa. Bukan senang hendak meraih kepercayaan guru sebenarnya. Jika sudah mendapat kepercayaan tu, kita kenalah sentiasa jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan...
Padam