Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

"Saya nak tuisyen dengan akak!"



By  nurdilla zaini     Ahad, Julai 14, 2013    Labels: 
Sebelum bulan Ramadan tempoh hari, Dell berkesempatan mengunjungi rumah salah satu keluarga angkat Dell. Sementara Dell menunggu mak angkat Dell berbual dengan tukang buat rumah (dia memperbesarkan rumah sedikit), anaknya mengadu kepada Dell bahawa dia tak lulus subjek yang dia belajar tuisyen dengan seseorang ini. Kebetulan hari itu, dia baru mengambil report card.

Dell bertanya, "Laa... Mengapa jadi begitu?"

Dia terus kompelin bahawa guru tuisyennya tu terlalu garang dan suka marah-marah. Dia terasa cikgunya itu tidak ikhlas mengajarnya. Dia mengaku bahawa dirinya agak slow hendak menangkap apa yang diajar. 

Dell bertanya adakah dia ada melawan kata-kata cikgunya itu. Dia menidakkan dan biasanya dia diam sahaja walaupun cikgunya itu berterusan membebel.

Pelik juga Dell kerana cikgu tuisyennya tu cikgu lelaki. Jarang cikgu lelaki ini suka membebel.

Sedang kami berbual, ibunya masuk ke dalam rumah lalu anaknya terus meminta izin hendak belajar tuisyen dengan Dell. 

Dia berterusan kompelin tentang cikgu yang garang itu kepada ibunya menjadi punca penyebab dia tak lulus subjek itu. Dia tak boleh belajar dengan cikgu yang sangat garang.

Ibunya kata boleh dan memintanya bersabar sehingga selepas bulan Syawal nanti. Dan terpulang kepada Dell jika setuju untuk menjadi guru tuisyennya. 

Dell bersetuju dan cuba yang terbaik untuk mengajar anaknya nanti.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Tahniah kak! Saya tak orang membebel. Jadi saya tak suka membebel. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. *saya bukan orang yang jenis membebel. :)

      Alhamdulillah, saya akan bagi khidmat selagi org memerlukannya... :)

      Padam
  2. Follow Kak Dell.

    Selamat menyambut Ramadan ya.

    Oh, lebih elok pergi tanya cikgu tu, apa masalah sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @tetamu istimewa

      Terima kasih dan salam Ramadan daripada saya. :)

      Sebenarnya, cikgu lelaki tersebut merupakan anak kepada kawan ibunya...

      Padam