Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Program Smarts Defensive System (SDS)



By  Kakdell     Selasa, Julai 09, 2013    Labels:, 
Alhamdulillah, pada hari Sabtu (6 Julai 2013) lepas, Dell berpeluang bersama-sama dengan geng Smarts Coach di dalam Program Smarts Defensive System (SDS). Program ini diadakan di Fazilah Kamsah Akademi (FKA) untuk sesi pagi dan di PLKN Hazira, Sepang untuk sesi petang. 

Dikenali juga sebagai Program Pencegahan Jenayah
Apa itu SDS? Ianya merupakan satu sistem kemahiran asas dalam mempertahankan diri dengan cara yang mudah, lancar dan berkesan bagi tujuan pencegahan jenayah dan keselamatan diri. Sistem ini direka untuk mendidik tentang keperluan mengamalkan perlindungan asas terhadap serangan yang tidak diingini. Mereka yang mempelajari SDS ini tidak perlu mempunyai sebarang asas beladiri.

SDS ini dibina oleh Pengasas Smarts Coach iaitu Sir Noordin Khalid pada tahun 2002. Beliau mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam seni mempertahankan diri merangkumi Taekwondo, Silat, Karate dan Capoeira. Beliau pemegang Tali Pinggang Hitam Jalur 5 dalam seni Taekwondo. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini maka terhasillah SDS.

Antara yang dipelajari dalam program pada hari tersebut di FKA.
Program SDS ini dijalankan selama empat jam tau. Ianya termasuk teori dan latihan praktikal. Tak percaya? Cuba tengok foto-foto di bawah ini. 

Tuan yang berambut putih itu telah membawa keluarganya menyertai program ini bersama isteri dan tiga orang anak perempuannya. Pengalaman mereka yang pernah disamun telah menyedarkan mereka betapa pentingnya ilmu ini.
Praktis jangan tak praktis! Hehehe...
"Tepis jangan tak tepis, bang!" Abang ini sudah ada ilmu seni bela lain sebelum ini tetapi menyertai program ini untuk mengetahui teknik-teknik SDS.  
Semangat betul kakak ini hendak mencuba teknik melepaskan diri setelah dicekik oleh kekuatan 3 orang jurulatih. Siap senyum-senyum lagi. Kena cekik betul-betul tu, bukan lakonan tau! 
Abang ini mencuba pula teknik melepaskan diri setelah dicekik dengan kekuatan 2 orang jurulatih. Abang ini asyik menggeleng-geleng kepala sahaja setiap teknik sebab tidak percaya bahawa teknik SDS ini sangat mudah untuk melepaskan diri dari apa jua serangan. Yang lebih penting, tidak perlu menggunakan banyak tenaga.
Melepaskan diri dari senjata juga tidak terkecuali.
Melepaskan diri dari diterkam oleh penjenayah turut diajar.
Peserta-peserta di FKA berminat untuk mempelajari teknik SDS ini dengan lebih mendalam di lain waktu. Ini kerana SDS ada beberapa level iaitu Latihan Asas Beladiri, Latihan Intermediate Beladiri dan Latihan Advanced Beladiri.

Dell tidak terkecuali mempelajari SDS ini bersama-sama mereka. Jika ditanya kepada Dell seronok ke belajar SDS ini, sudah tentu jawapan Dell, "YA!". Teknik-tekniknya mudah diingati. Memang sangat praktikal untuk golongan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas sehingga orang tua.

Setelah sesi di FKA selesai, Dell bersama geng Smarts Coach pergi ke PLKN Hazira, Sepang untuk sesi petang. Di sini, Smarts Coach mengajar SDS kepada pelapis jurulatih PLKN iaitu seramai 100 lebih peserta. 


Suka betul mereka ini dengan telatah jurulatih-jurulatih yang terlibat.
Tak sabar mereka hendak praktis teknik yang diajar. Dell turut membantu menunjukkan demo kat mereka, nak patah juga tangan Dell bila mereka pegang kuat-kuat tangan Dell (dengan dua tangan mereka) sebab nak tengok boleh tak Dell melepaskan diri dari tenaga lelaki. Tak puas hati tu, datang pula kawan mereka yang berbadan besar. Keputusannya, BOLEH LEPAS, BEB!
SirN pula menunjukkan bagaimana melepaskan diri setelah dicekik dengan kekuatan 10  orang lelaki dengan guna sebelah tangan sahaja. 
Diajar juga bagaimana hendak menjatuhkan lawan dan mematikan pergerakkannya.
Bersemangat mereka mengulang semula pergerakan yang dipelajari di hadapan semua peserta dan jurulatih Smarts Coach.
Maklumbalas daripada peserta-peserta PLKN sangat memberangsangkan kerana ada beberapa orang peserta bertanya kepada Dell di mana boleh belajar SDS ini di luar. Mereka sangat berminat dengan teknik-teknik yang diperkenalkan. 


Walaupun Dell mengalami sakit-sakit urat dan lebam-lebam disebabkan melakukan demo dengan mereka ini tapi Dell hendak belajar lagi SDS ini ke peringkat advanced. Dell memang sudah lama meminati seni pertahanan diri ini terutama silat iaitu sejak kecil lagi tetapi tidak dibenarkan oleh arwah nenek. Apatah lagi kalau taekwondo kerana kebanyakan sepupu Dell mengalami kepatahan dan retak tulang.

Bila diingat-ingatkan balik, nak terketawa juga. Degil nak belajar silat juga, sudahnya belajar senyap-senyap.  Menipu kata ada aktiviti kokurikulum lain. Belajar silat pakai baju PBSM, kalau tak pakai baju sukan. Bila dah tamat satu level, tok guru silat suruh pakai baju silat sebenar. Terus Dell dah tak datang sebab tak berani. Takkan nak cakap, keluarga sebenarnya tak izin belajar silat. Kena pelempang sia-sia je.

P/S : Ketika Dell melihat SirN melakukan senaman sebagai penutup SDS di PLKN, Dell terkejut kerana itulah senaman yang Dell kena lakukan sebelum mulakan pengajian silat masa sekolah dulu. Tak sangka senaman itu bagus untuk urat saraf.

Jika ada yang berminat untuk mempelajari SDS boleh layari laman web http://www.smartscoach.com/v2/





Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan