Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Alhamdulillah... rezeki...



By  Kakdell     Khamis, November 22, 2012    Labels:, 
Petang tadi, Dell menerima satu panggilan telefon dari seseorang yang dikenali yang memerlukan kepakaran Dell (sesuai dengan pendidikan dan pengalaman Dell) untuk satu tempoh yang lama. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka. Tawaran ini diberi setelah beliau meneliti dan membuat perhatian terhadap pengajaran Dell selama sebulan sebelum ini. Mungkin beliau telah mendapat maklum balas yang positif daripada ibu bapa dan pelajar.

Apa yang Dell perolehi sekarang ini melebihi apa yang Dell dapat sebelum ini. Masa pula banyak terluang. Masa inilah, Dell merapatkan hubungan dengan sahabat-sahabat dan saudara-mara Dell di mana-mana negeri. Maklumlah, dulu masa Dell sangat terhad kerana perlu bekerja pada waktu pejabat tambahan sibuk dengan pengajian.

Kesimpulannya, penghijrahan Dell pada kali ini merupakan satu pilihan yang sangat tepat. Bersyukur sangat-sangat kerana jawapan kepada solat istiharah yang dilakukan telah memudahkan segala-galanya untuk apa yang akan terjadi pada masa depan.

Nota :
  1. Siapa kata belajar tinggi-tinggi ni tak berguna? (Dell pernah diperli kerana sambung pengajian sehingga peringkat ini sebab Dell seorang perempuan). Tak kira apa jua bidang, rezeki itu tetap akan ada sebab itu janji Allah selagi kita berusaha bersungguh-sungguh, terusan berdoa dan tawakal. 
  2. Apabila kita mempunyai pengalaman dan pendidikan yang tinggi, nilai wang bagi waktu bekerja kita semakin bertambah. Sebagai contoh, jika dulu kerja sebulan dapat RM2500, kini hanya bekerja beberapa jam sahaja sebulan tetapi turut memperolehi gaji yang sama iaitu RM2500.
  3. Apabila masa kita banyak terluang tanpa menjejaskan pendapatan bulanan, kita akan mendapat banyak peluang lain dengan pelbagai cara. Secara tidak langsung, pendapatan semakin bertambah. Dengan syarat, kena pandai menguruskan masa.



Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan