Dell bernasib baik kerana salah seorang sepupu Dell yang tinggal di Melaka mengajak Dell duduk di sini menemaninya beberapa hari. Maklumlah, dia baru pindah, beli rumah di situ. Dapatlah Dell beralih angin sekejap di sini. Lagipun, Dell bosan juga duduk kat rumah, otak pun dah tepu. Sekurang-kurangnya di tempat baru, idea baru pun muncul. Banyak program yang kami hendak buat nanti. Biasalah kalau sepupu bila dah berjumpa.
Memang sepupu Dell bagi Dell makan cukup-cukup. Satu hari berapa kali makan... makan makanan yang berat-berat pula tu. Kalau lama berada di sini, memang sah gemuk.
Isnin - Malam tu kami makan Kueh Teow Meletup sepupu masak. Makan bersama nugget goreng.
Selasa - Awal pagi makan Kueh Teow Meletup yang dipanaskan semula (semalam punya), tengahari makan nasi lemak. Petang Dell masak Sup Daging Tumis Darat, Kobis Goreng dan Sambal Belacan untuk makan petang. Lepas tu, makan pelbagai jenis coklat (sebab sepupu Dell baru pulang dari Langkawi). Tengah malam pula, sepupu masak Nasi Goreng Tom Yam Meletup yang sedap! Dua pinggan Dell makan.
Kali pertama masak sup dengan cara tumis darat. Alhamdulillah, menjadi. Sepupu kata sangat sedap, tak sangka sesedap itu. Banyak kali dia makan sup sahaja. Lega rasanya, Dell hanya mencuba resepi.
Esok? Esok tak pasti akan masak apa. Kali ni memang Dell makan sangat banyak sebab lauk-lauknya sedap. Suka Dell masak di sini kerana di sini semua barang ada, tinggal kena masak je. Dell ingatkan nak cuba masak resepi rahsia yang diajar oleh bapa angkat Dell di utara. Harap-harap menjadi!
Nota :
- Sebenarnya, Dell tak sangka akan ke rumah sepupu ni. Setelah diminta berkali-kali Dell datang, akhirnya Dell setuju. Terasa masa Dell terisi, bukan sahaja masa... malahan perut juga. Hehehe... Sepupu Dell suka makan, jadi memang dirumahnya banyak makanan sama ada makanan ringan mahupun makanan berat. Seronok Dell buat eksperimen masak apa-apa resepi kerana sepupu suka makan.
- Terharu diberi layanan sebegini tatkala Dell sedang dalam mood kurang selera makan disebabkan terkenang masakan di kampung. Alhamdulillah, mood Dell semakin pulih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan