Lumrah jika balik je dari kampung, selera makan akan berkurangan. Mana taknya, asyik terkenang makanan yang sedap-sedap di kampung. Di sini payah hendak jumpa makanan yang sedap. Mana hendak jumpa soto, sambal belacan, sambal kicap, rojak manis dan beberapa jenis makanan seperti di Johor. Kalau kat kampung, makan memang tak berhenti. Masakan mama memang tiada tandingan, masakan di luar rumah pun boleh tahan sesuai dengan selera. Bayangkanlah, pisang hangit yang dijual di kampung pun laris di pasaran sebab sedap (jangan tidak percaya, ada satu gerai "Pisang Goreng Hangit" di Kluang). Kalau duduk lama di kampung, mesti gemuklah!
Kebiasaan mula-mula pulang dari kampung, Dell akan makan fast food je sama ada McD, KFC atau burger untuk beberapa hari, sebab tak selera sangat nak makan. Selepas tu, baru Dell beranikan diri beli nasi goreng atau makanan lain di restoren di sini. Kalau selera masih kurang, Dell akan masak sendiri mengikut citarasa seperti nasi goreng cili padi atau lauk-lauk yang simple.
Semalam, Dell masak ikan masin goreng bercili dan telur goreng kicap. Mula-mula, ingatkan hendak masak nasi goreng ikan masin tapi terasa macam tak selera pula. Lauk simple macam ni dapat membuka selera Dell. Habis jugalah satu pot beras Dell makan dengan lauk sebegitu. Selebihnya, Dell goreng karipap frozen mama dan minum sup cendawan.
Tadi, kawan Dell ajak Dell lepak di rumahnya. Maklumlah, hari Ahad bosan katanya. Dell dipelawa makan bersama-sama dia. Kali ni dia yang masak. Kiranya, kali pertama Dell merasa masakannya. Lauk yang simple je tetapi memang selera Dell makan. Kawan Dell masak kari terung, ikan goreng, sayur bayam goreng dan sambal belacan. Karinya yang secukup rasa dan pekat beserta sambal belacan yang sangat sedap betul-betul membuka selera Dell, makan pula dengan ikan goreng yang garing dan nasi panas. Pergh, sangat meletup gitu! Serius Dell kata, dah lama Dell tak pekena sambal belacan sesedap itu. Habis nasi sepinggan! Malam pula pekena mee goreng mamak pedas, habis juga sepinggan. Sedap sangat!
NOTA:
Inilah nasib musafir seorang pelajar yang sentiasa rindu akan masakan ibunya dan makanan di kampung. Mana boleh tanding masakan ibu, kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan