Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Fenomena Kad Kredit



By  Kakdell     Isnin, November 05, 2012    Labels:, 
Isu mengenai kad kredit ni sentiasa disebut-sebut. Paling ditakuti ialah bankrap di usia muda. Dulu ketika masih belajar, Dell pernah menyuarakan hasrat tidak menggunakan kad kredit sebab takut berhutang banyak dan muflis jika tidak dapat bayar hutang-hutang tersebut. Tetapi pada tahun 2009, Dell terpengaruh juga dengan tawaran penggunaan kad kredit oleh agen dari Bank Rakyat yang menyatakan kad kredit tersebut berlandaskan islamik, tambahan akan mendapat mata untuk umrah atau percutian. Mujur had limit kad kredit Dell cuma RM3000 je. 

Sebelum Dell mempunyai kad kredit, biasanya Dell akan membeli barangan secara tunai atau buat ansuran bulanan untuk barangan yang Dell mampu. Tetapi sejak sudah ada kad kredit ni, kadang-kala Dell terbabas juga membeli barangan yang diminati terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Dell akan pastikan setiap bulan Dell akan membayar melebihi bayaran minima yang ditetapkan. 

Pada Dell kelebihan kad kredit ini ialah apabila kita ada kecemasan seperti kereta rosak atau pun ketika kita kehabisan wang tunai di tangan dan mesin ATM kehabisan tunai. Hal ini, selalu terjadi pada Dell, jadi Dell terpaksa menggunakan kad kredit.

Apa-apa pun, Dell sedaya upaya melimitkan penggunaan kad kredit ni. Kalau boleh, cuba tak nak gunakan kad ini untuk jangkamasa yang lama dan untuk kecemasan sahaja.

NOTA :
  1. Boleh hendak guna kad kredit tetapi pastikan ada tabungan simpanan duit lebih di tempat lain yang langsung tidak diusik. 
  2. Pastikan tidak menjadikannya habit dan jangan jadi shopaholic!
  3. Bayaran bulanan hendaklah melebihi bayaran minima yang ditetapkan.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan