Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Artikel pertama ku di akhbar Utusan Malaysia



By  nurdilla zaini     Khamis, September 19, 2013    Labels:,,, 
Masih ingatkah semalam Dell ada mengatakan bahawa Dell telah hantar satu artikel di salah satu akhbar tempatan sebagai satu langkah pertama dalam bidang penulisan? Alhamdulillah, hari ini Dell telah menerima emel daripada editor akhbar tersebut mengatakan bahawa artikel Dell akan disiarkan di Citra Orang Muda (.COM) Utusan Malaysia pada hari Sabtu ini.

Emel daripada editor

Tiada apa yang dapat Dell gambarkan betapa gembiranya hati Dell hari ini. Percubaan Dell yang pertama sudah berjaya. Impian Dell untuk menghantar artikel di akhbar Utusan Malaysia lalu diterbitkan menjadi kenyataan. Dell berasa bersyukur sangat-sangat kepada yang Maha Pemberi Rezeki. Tanpa ilham yang diberikan oleh-Nya sudah tentu sehingga kini Dell tidak dapat menaip walaupun satu patah perkataan.

Terima kasih juga Dell ucapkan kepada rakan-rakan dan keluarga yang menyokong Dell selama ini. Tanpa tunjuk ajar dan tips-tips yang diberikan tentu sukar. Insya-Allah, Dell akan terus berkarya. Amin. :)

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Tahniah kak! Saya tumpang gembira kerana rakan yang sama pergi ke bengkel akhirnya terbit juga. Nanti jangan lupa tangkap gambar artikel kak dan upload di blog. Nak juga tahu... *thumbs up

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Sudah semestinya... Terima kasih :)

      Padam
  2. Tahniah, ini satu penghormatan kepada Kak Dell. Hari sabtu ya? Insya-Allah, saya akan dapatkannya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Saya sendiri pun tak sabar nak lihat suratkhabar tu nanti! :)

      Padam