Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bendera Sang Saka Malaya?



By  Kakdell     Isnin, September 02, 2013    Labels: 
Dell sebenarnya jarang nak berkongsi atau komen tentang politik walaupun Dell biasa dengar pendapat dari pelbagai pihak, dari pembacaan atau apa-apa video yang ditonton. Tetapi setelah menonton satu video ini, Dell terpanggil untuk berkongsi pendapat.


Serius Dell mengatakan pengibaran bendera 'Sang Saka' ini sudah melampaui batas. Tambahan pula ketika Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said sedang berpuisi dikepit pula dengan si Adam Adli yang pada pandangan Dell tidak boleh dijadikan contoh kepada mahasiswa. 

Benar, memang ada sesetengah perkara yang dilakukan oleh pihak kerajaan ada yang kita tidak setuju TETAPI ini tidak bermakna kita sanggup tukar bendera negara kita!

Dengan masalah generasi zaman kini yang mungkin ramai cetek ilmu sejarah mereka, ditakuti mereka akan keliru dengan identiti dan jati diri mereka jika tersalah memberi sebarang maklumat. Tak sayangkah kita dengan generasi kita ini?

Apa-apa pun, Dell kagum dengan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh seorang lelaki di dalam video ini, yang berani merampas dan menurunkan bendera 'Sang Saka Malaya' di hadapan orang ramai secara berseorangan sambil mengatakan, "Ini bukan bendera Malaysia! Itu bendera Malaysia!"

Jika kamu fikir akan sensitifnya kamu tentang sesuatu dan ingin memberontak untuk mengeluarkan isi hati kamu dengan melakukan perkara-perkara sebegini, ingatlah mereka yang di luar sana jauh lebih sensitif daripada kamu. Jangan sampai terlalu ikutkan hati dan rasa itu akan menyebabkan perhimpunan, rusuhan, pemberontakan dan lebih teruk iaitu peperangan. Pepatah Melayu sudah lama terpahat, "Jangan ikutkan hati, nanti mati. Jangan ikut rasa, nanti binasa." Ingatlah!




Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan