Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Menyambut pengantin di bulan Syawal



By  nurdilla zaini     Sabtu, September 07, 2013    Labels:, 
Seminggu selepas raya pertama, Dell membantu sepupu Dell menyiapkan 'goodies' untuk hari perkahwinannya pada 18 Ogos 2013. Kebetulan Dell bercuti lama di kampung. Tema 'goodies' sepupu ini ialah 'telur di dalam sangkar'.

Telur masin diletakkan di dalam kuih sarang semut
Diletakkan berhati-hati di dalam kotak kerana takut kotak koyak atau kuih sarang semut tu pecah
Pada hari persandingan sepupu, berpeluanglah kami berjumpa dengan sepupu-sepupu yang lain. Dell suka melihat dengan pelamin sepupu ini. Kecil dan ringkas. Sudah lama Dell mengikuti pelamin dari Andaman Sue di facebook. Tidak dinafikan Dell memang berkenan dengan sentuhan halus dari Andaman Sue ini. Menu dari Katering Zul memang sedap. Pulut Kuning yang tok busu buat juga sedap.

Bersama salah seorang sepupu Dell iaitu Liyana.
Salah seorang anak sepupu, namanya, Mya. Comelkan Mya bertudung?

Tidak melepaskan peluang 'posing' di pelamin yang comel ini.
Inilah pengantinnya, semoga kekal berbahagia hingga ke syurga.





Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. telur masin dalam sangkar as a door gift..menarik..tak pernah lagi dgr..hehe

    BalasPadam
  2. wah. menarik ni. cx pon tgh pk2 ape door gift yg sesuai ntk majlis cx nanti. huhu. nak tiru idea ni boleh tak? hihi. tq kakdell!

    BalasPadam