Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Ketika aku mendendangkan syair...



By  nurdilla zaini     Isnin, September 16, 2013    Labels: 
Dell teringat ketika Dell menerima jemputan daripada salah seorang guru koir UPM (yang merupakan seorang pensyarah muzik dari UITM Shah Alam) pada tahun 2011. Beliau meminta Dell mendendangkan Nazam Kasih Ayah dan Ibu bersama kumpulan koir UPM untuk dipersembahkan di Laman Budaya, Shah Alam. Dell turut mendendangkan Syair Burung Pungguk sebagai bonus.

Beliau tertarik dengan persembahan Dell mendendangkan sebuah nazam (ala-ala dekon) di dalam salah satu majlis di UPM beberapa bulan sebelum itu. Itu yang dikhabarkan kepada Dell oleh salah seorang ahli koir tersebut.

Dell rasa terharu apabila mengetahuinya. Itulah kali pertama Dell pergi ke Laman Budaya, Shah Alam. Dan itulah merupakan kali pertama Dell mendapat sedikit bayaran untuk membuat persembahan.

Ketika menyampaikan Nazam Kasih Ayah dan Ibu.
Dell bersama guru koir (pensyarah muzik dari UITM Shah Alam) dan ketua koir UPM.
Dell bersama-sama dengan kumpulan koir UPM.
Bersama kumpulan lain yang turut membuat persembahan pada petang itu.
Ianya merupakan kenangan yang tidak dapat Dell lupakan. Dell berterima kasih sangat kepada mereka yang memberi kepercayaan kepada Dell.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Nazam ini karya siapa ya? Macam pernah dengar.

    Tahniah! Saya tak pandai nak bernazam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Sebenarnya nazam yang saya dendangkan telah diperbaharui oleh Dr Lim Swee Tin. Nazam yang asal ada dalam buku lama tetapi agak sukar hendak di sebut. Zaman dulu, petikan nazam ini dikenali lagu berendoi. :)

      Padam
  2. Oh, patutlah. Rasanya Dr Lim pernah lagukan nazam di sewaktu hari terakhir kami menuntut ilmu dengannya. Saya sangat terharu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indah kan bunyi nazam ini... saya memang menyukainya... :)

      Padam