Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Farm In The City



By  Kakdell     Selasa, September 10, 2013    Labels:, 
Semalam Dell berpeluang pergi ke Farm In The City bersama kawan-kawan di Prima Tropika Seri Kembangan. Tempatnya bersebelahan dengan Flea Market, belakang Giant Equine Park. 

Sebenarnya Dell dah lama dengar tempat ini tapi baru jumpa ketika bulan Ramadan lepas. Maklumlah tempat ini agak tersorok dari pandangan umum dan papan kenyataannya pun tidak banyak kelihatan.

Dengan bayaran masuk sebanyak RM48 bagi orang dewasa (tetapi Dell hanya bayar RM28 sahaja kerana ada kad Jaya Jusco), secara rasminya Dell bersama kawan-kawan dapat menjelajahi tempat ini. Lihatlah gambar-gambar yang Dell lampirkan di sini. 

Berkilat, kan kura-kura gergasi ini? Agaknya penjaga zoo ini 'polish' cengkerangnya kot? Hehehe...
Hati-hati, kambing gurun ni garang tau!
Beri makan rusa... suka tengok rusa seperti Bambi ni...
Setelah penat berjalan, mari kita berbuai dulu...
Beri makan kat Arkus yang comel ini...
Ish, boleh pula dia bercium kat sini... 18sx ni... hehehe...
Bangau oh bangau!
Berjaya juga si burung ini rembat setengah potong pisang dari genggaman Dell!

Pada pandangan Dell, tempat ini kemas dan bersih. Penjaga bagi setiap binatang pun jenis yang peramah dan baik melayan kerenah pengunjung yang datang. Tempatnya tidaklah sebesar mana, boleh dikategorikan sebagai mini zoo. Reka bentuk mini zoo ini ada iras-iras seperti zoo di Singapura.

Keunikan tempat ini ialah pengunjung boleh memberi makan hampir kebanyakan binatang di sini. Kira memang puas hatilah! Tempat basuh tangan pun ada di mana-mana, jadi tidak perlu risau tangan kotor.

Dengan membenarkan para pengunjung memberi makanan kepada binatang-binatang di sini menyebabkan para pengunjung rasa gembira. Malah ianya tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan. Pengunjung pun dibenarkan mengambil gambar bersama-sama binatang yang ada.

Tag masuk Farm In The City
Marilah datang ke tempat ini. Walaupun tempatnya kecil, binatang-binatang yang ada tidak mengecewakan. Percayalah!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. nampak macam best sebab boleh pergi dekat dengan haiwan. seriously luqman xpernah dengar pasal Farm in the city nih :P nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datanglah! Walaupun tempatnya kecil tapi Dell rasa sangat puas hati... Seronok melayan haiwan-haiwan tu makan... :)

      Padam
  2. Kak, apa kata dapatkan RM28 itu kembali? Saya sarankan kak kembangkan ini dalam bentuk artikel dan hantar ke surat khabar atau majalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu. Ada juga terfikir. InsyaAllah. Terima kasih beri dorongan. :)

      Padam