Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

'So relaxing!'



By  Kakdell     Jumaat, September 13, 2013    Labels:, 
Beberapa tahun lepas, Dell pernah cuba menjahit manik. Alhamdulillah, ianya menjadi kerana Dell hanya menjahit manik bentuk kerang di sekeliling pergelangan tangan baju kebaya Dell. 

Tapi, mengapa Dell tidak meneruskan aktiviti menjahit manik? Cukuplah sekali Dell menjahit untuk sepasang baju (hanya kedua-dua pergelangan tangan sahaja) telah mengambil masa selama 3 hari! Fuh, tak sanggup hendak mengulanginya lagi. Tertekan rasanya.

Jahitan manik pertama Dell

Walau bagaimanapun, hobi melukis ini Dell rasa sangat berbeza. Membuatkan hati sentiasa hendak melukis sesuatu yang baru. Terutama jika lukisan yang Dell lukis itu menjadi. Terasa sangat puas dan Dell akan menatapnya berhari-hari. Kalaulah Dell tahu yang Dell boleh melukis, dari dulu lagi Dell asah bakat ini.

So relaxing!




Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Hampir 15 tahun kak memeram bakat, akhirnya masa ini juga ianya terserlah. Lagipun, tak baik kata kalau Kak. Bersyukur dan terus mengasah bakat kak tu. Saya memberi sokongan dan mendoakan kejayaan kak. Walaupun sekadar hobi, insya-Allah ia hobi yang menjana kebaikan.

    BalasPadam