Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Adhadi Mohd di Agro Farmstay



By  nurdilla zaini     Isnin, Januari 04, 2016    Labels: 
Resort AgroFarmStay, Melaka.

Pada 2 Januari 2016 - Alhamdulillah, Dell selamat sampai ke Resort AgroFarmStay, Melaka pada pukul 10.00 pagi bersama-sama seorang lagi blogger yang dipanggil sebagai Bonda. Tak sabar untuk berbengkel. Maklumlah teruja nak mendalami ilmu baru serta teruja untuk bertemu dengan para blogger Kelab Ben Ashaari di Bengkel Fotografi yang diadakan di sini.

Bengkel Asas Fotografi oleh Tuan Adhadi Mohd.

Dah lama Dell teringin hendak mengetahui bagaimana penggunaan kamera DSLR sebenarnya. Apa kelebihannya berbanding kamera digital lain? Apabila tuan Adhadi terangkan teknik-teknik yang digunakan melalui kamera itu, barulah Dell faham.

Teknik mengambil gambar menggunakan cahaya semulajadi.
Melalui beliau, Dell mengetahui mengenai penggunaan cahaya semulajadi. Bagaimana menggunakan cahaya lembut. Kenapa perlu setting betul-betul tentang ISO dan lain-lain.

Melayan pertanyaan para peserta.

Beliau sudi melayan pertanyaan para peserta mengenai paling asas tentang penggunaan kamera DSLR ni. Jangan tidak tahu, ramai yang menggunakan kamera ini namun masih ramai tidak tahu kepentingan setting ISO dan lain-lain. Nampak seperti tiada apa-apa tetapi rupa-rupanya setting yang betul menghasilkan impak yang tinggi terhadap gambar yang diambil.

Penerangan secara praktikal sekali.
Beliau bukan sahaja menerangkan secara teori malah memberi semua peserta cuba secara praktikal. Nampak macam mudah tetapi jika tidak tahu tekniknya, payah juga. Maklumlah, setiap DSLR lain settingnya.

Tuan Adhadi menunjukkan teknik mengambil gambar di lapangan.

Peserta membuat praktikal di lapangan.

Sesi praktikal bukan terhad di dalam bilik seminar malah di lapangan. Peserta turut didedahkan dengan latar belakang sesuatu gambar yang diambil. Alhamdulillah, beliau sangat membantu.

Tuan Adhadi menunjukkan kelebihan panjang sesebuah lens kamera.

Secara jujurnya, Dell masih blur-blur cara untuk menggunakan kamera ini kerana tidak pernah memilikinya. Namun, sekurang-kurangnya banyak yang Dell pelajari kelebihan menggunakan kamera ini. Sekurang-kurangnya jika suatu hari nanti Dell ada rezeki untuk memiliki kamera ini, ianya akan memudahkan.

DVD video tutorial oleh Tuan Adhadi Mohd.

Bagi mereka yang ingin mengetahui teknik-teknik dengan lebih lanjut, boleh mendapatkan DVD ini melalui beliau sendiri di fanpage Adhadi Mohd. Kesemua video tutorial ini dalam bahasa Melayu. 

Kuasai Fotografi dengan DSLR.

Kuasai Fotografi dengan DSLR.
Kuasai Fotografi dengan DSLR.
Kuasai Fotografi dengan DSLR.
Ada banyak tajuk di dalam DVD ini. Pengajarannya sangat simple dan mudah untuk dipelajari umpama beliau berada di depan mata. Cubalah dapatkan DVD ini. Berbaloi!

Lihatlah wajah kepuasan daripada kesemua peserta bengkel.


Nota :
Untuk maklumat lanjut berkenaan Tuan Adhadi Mohd, boleh layari :


Website www.adhadi.com.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

17 ulasan:

  1. seronok juga datang bengkel, ada yang memberi penerangan dan ada 'amali', saya sebelum ni cuma baca tutorial di blog je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. En Izudin boleh beli DVD video tutorial beliau jika berada jauh dari tempat bengkel. Boleh layari fanpage beliau untuk mengikuti bengkel-bengkel fotografi yang beliau anjurkan. :)

      Padam
  2. Hai Dell, bestkan belajar ilmu Fotografi... dengan saudara Adhadi Mohd ni...senang
    faham segala yang diterangkan beliau.

    Bondesenyumriang.... jemput ke www.bondezaidalifah.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, bonda. Sangat ringkas dan mudah! :)

      Padam
  3. Beruntung kita kannn dapat joint bengkel ni..
    Byk teknik Dan tips yg dikongsi bersama
    Pasni Kak.Nina pun nak beli DSLR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak Nina. Selepas bengkel ini, Dell rasa yakin untuk memiliki DSLR. :)

      Padam
  4. ruginya abe xdpt nk join, hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, mana tau lain kali ada rezeki lagi... :)

      Padam
  5. tak rugi kaki sakit lepas berbengkel ni. semua serap semaxima mungkin. terbaik encik Adhadi !

    BalasPadam
  6. Lepasni makin letop la gambar kak dell hehe .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Doa diaminkan beribu kali! Amin... :)

      Padam
  7. Bagus bila dapat ilmu ni..lagi2 bab gambar..

    BalasPadam