Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Pra Pelancaran Pesta Buku Big Bad Wolf



By  nurdilla zaini     Jumaat, Januari 01, 2016    Labels: 
Pintu Gerbang Pesta Buku Big Bad Wolf.
Pada 3 Disember 2015 - Alhamdulillah, Dell dipelawa masuk ke Big Bad Wolf dengan menggunakan tiket khas untuk pra pelancaran pesta buku ini. Terima kasih kepada kawan Dell yang sudi bawa Dell ke sini. 

Kad Pas Pra Pelancaran Pesta Buku Big Bad Wolf (Bahagian depan).
Kad Pas Pra Pelancaran Pesta Buku Big Bad Wolf (Bahagian belakang).
Comel kan desain kad pas masuk ke pesta buku ini? Warna pun menarik hati. Itu yang menyebabkan kami mengambil gambar kad pas tu sebelum menyerahkannya kepada pengawal yang menjaga pintu masuk.


Nampak tak buku yang Dell pegang tu?
Tak nampak?
Ok, Dell zoom.


Masih tak nampak?
Sabar-sabar. Dell zoom lagi.
Tak nampak lagi?
Haaa... Itu lagi tiga Jumaat tu... Hihihi... Gurau je!

Creative Business Solutions Persuasive Writing oleh Nick Souter.

Teringat ketika berada di Big Bad Wolf tempoh hari. Hari itu merupakan kali pertama kawan Dell menjejakkan kaki di sana. 

Tidak pernah Dell melihat keterujaan seperti itu. Matanya bersinar-sinar melihat lambakan buku sebegitu. Umpama mahu terjun dan berenang di lautan emas!

Itulah ciri-ciri mereka yang gilakan buku.

Dell?

Gila buku juga tapi dah pandai kontrol emosi. Hihihi...

Ramai yang bertanya kepada Dell, "Kak Dell dah pandai menulis, masih membeli buku berkaitan dengan penulisan?"

Dell jawab, "Sudah semestinya. Bukan mudah hendak menjadikan penulisan itu bertaraf profesional tau!"

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan