Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Ebook Penulisan Cerpen



By  nurdilla zaini     Jumaat, Januari 01, 2016    Labels: 
Ebook Penulisan Cerpen oleh Rahmah Mokhtar.

Ebook penulisan cerpen ini banyak membantu Dell. Cara penulisan Dell pun sudah banyak berubah untuk genre ini. Terima kasih Cik Puan Rahmah Mokhtar.

Dell kenal penulis ini sangat dekat. Keghairahan beliau dalam bidang penulisan karya kreatif sangat tinggi walaupun beliau lulusan Master dalam bidang kejuruteraan.

Ketika beliau bermalam di rumah Dell, Dell sempat bertanya serba sedikit perjalanan beliau sebagai seorang penulis.

Buku-buku yang beliau baca sebagai rujukan penulisan memang menunjukkan kesungguhan beliau dalam mempelajari ilmu ini.

Semangat itulah yang membuatkan beliau berjaya menerbitkan novel dan banyak cerpen. Malah ada cerpen beliau yang berjaya dalam pertandingan yang dianjurkan.

Kini, beliau dalam proses menulis kumpulan cerpen untuk dijadikan sebuah buku bersama-sama penyanyi nasyid Hafiz Hamidun.

Ebook ini boleh didapati di tuliscerpen101.com.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan