Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Novel SHE : Antara Realiti dan Fantasi



By  nurdilla zaini     Jumaat, Januari 01, 2016    Labels: 
Novel SHE : Antara Realiti dan Fantasi.
Novel SHE : Antara Realiti dan Fantasi
Alhamdulillah... Salah sebuah manuskrip novel yang Dell menjadi editornya, telah diterbitkan pada hari Isnin (26 Oktober 2015).

Autograf daripada salah seorang penulisnya Mesbo.
Petang 15 Disember 2015, baru Dell berkesempatan berjumpa dengan penulis novel ini. Seronok memegang salinan bercetak novel yang Dell edit ini.

Menjadi editor Novel SHE.

Dua kali Dell membaca manuskrip ini tanpa jemu. Jalan ceritanya berjaya menambat hati Dell. Berbunga hati Dell kerana sudah ada pembaca novel ini memberi komen yang positif sebentar tadi.

Ada beberapa lagi buah novel yang Dell akan menjadi editornya bermula tahun 2016 ini, insya-Allah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan