Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Makan-makan di ZAWARA Coffee



By  nurdilla zaini     Selasa, Januari 19, 2016    Labels: 
Malam-malam begini teringat pula menu makanan yang dimakan pada hari Ahad lepas.

Selesai membantu seorang teman baik, dia belanja Dell makan di ZAWARA Coffee, Bangi Sentral.

Kawan ni tau yang Dell ni hantu kopi, jadi dia ajak ke mana-mana sahaja restoran yang menyediakan menu kopi yang pelbagai.

Dia 'order' dua jenis kopi, Mocha untuk Dell dan Butterscotch Macchiato untuk dirinya.

Dia turut 'order' satu hidangan Salted Eggs Chicken Wings, Toasted Garlic and Cheese Bun dan Churros with Chocolate Dip untuk santapan kami. 

Hidangan Churros di sini sangat sedap. Churros ditabur dengan gula perang yang halus. Lain dari kebiasaan. Churros-nya lembut dan sedikit garing di luar. Kuah coklatnya sedap. Tak manis sangat walaupun coklatnya pekat. Sewaktu makan, pastikan Churros dicecah dengan banyak ke dalam kuah coklatnya. Barulah rasanya terangkat. 



Ini kali pertama Dell makan Kepak Ayam dimasak bersama Telur Masin. Haruman rempah yang digunakan sangat membuka selera. Ayamnya lembut. Benar-benar menjilat jari. 


Dell bukanlah penggemar Garlic Bread tetapi Toasted Garlic di sini telah berjaya membuatkan Dell makan satu setengah roti ini. Rasa Toasted Garlic yang dicampur dengan herba serta hirisan cheese menjadikannya istimewa. Rotinya pun lembut.

Keseluruhannya memang sangat sedap! Dell jatuh hati dengan kesemua menu yang dihidangkan.

Cubalah. Tempat ini Dell sangat rekomen.

*Pinjam gambar page ZAWARA Coffee kerana kami terlupa nak ambil gambar setelah nampak hidangan. Sampai je makanan, kami terus ngap kerana tidak tahan baunya yang sangat menyelerakan itu. 

Kenali nurdilla zaini

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

8 ulasan: